Saturday, February 16, 2013

Bunuh diri


Cara terbaik untuk menghadapi situasi bunuh diri.

1- Anggap manga mati kerana tuhan- Nya.
2- Cuba imbas kembali detik- detik dalam hidup kita yang telah kita lalui. Boleh dicadangkan agar kalian review balik timeline di facebook. Barangkali kalian akan teringat akan turun naik kehidupan sekalian.
3- Selarikan kisah bunuh diri dengan kehidupan kalian.

Adakah jalan cerita hampir sama?
Adakah anda mahu penghujung cerita hidup kalian sama seperti mangsa?
Kemanakah mangsa selepas bunuh diri?
Ambil kira perpektif orang lain dalam menguruskan penamatan cerita mangsa?
Adakah menarik?
Mahukah anda punya cerita yang sama?

4- Bagaimana mahu lari dari penceritaan mangsa?

Bina dan rangka satu jalan cerita yang menarik. RANGKA atau DRAFT.
Segala perancangan diletakkan sebagai episod penting dalam perjalan kisah kehidupan kamu.
Cipta satu impian yang logik untuk HAPPY ENDING kisah anda.
Semak semula rangka yang telah siap, adakah perjalanan cerita benar- benar logik untuk mencapai HAPPY ENDING?
Baiki dan jangan segan untuk bertanya pada orang lain.
Hidup kita bukan sendiri. Pada masa yang sama, orang lain tak perlu masuk campur dalam membuat keputusan dalam hidup kamu.
Peranan mereka penting dalam menentukan bentuk pemikiran kita di sepanjang perjalanan kehidupan.
Jadi, siapa watak- watak dalam hidup kita memain peranan. Menjadi diri kita sebagai tuan punya untuk memilih siapa watak- watak utama dan watak sampingan. Terpulang.
Wujudkan situasi di mana kita punya tempat utama, tempat bersandarkan hati dan perasaan. Yakni TUHAN. Di mana moment bermonolog menjadi sangat cool bila dapat berbicara KAU DAN AKU. Tanpa dilihat seperti bercakap- cakap seorang diri.

5- Nikmati penceritaan kisah hidup kalian yang kalian sendiri rangka. Harus diingat, saat- saat terkejut- terkejut pasti muncul dalam cerita. Yang lebih tepat, apabila sesuatu diluarjangkaan berlaku dalam hidup. Jadikan sesuatu yang diluarjangka itu sebagai hadiah dari TUHAN. Ia tak semestinya indah. tapi ingatlah, sesuatu yang terjadi dalam hidup ada hikmahnya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." — (Surah al Baqarah ayat 216)

6- Kamu berhak mencorakkan hidup kalian. Kehadiran orang lain dalam penghidupan kalian menjadi rencah dalam kehidupan. Jangan jadikan diri kalian sendiri bosan dengan kehidupan kalian. Cari jalan keluar yang juga mampu membahagiakan penceritaan orang lain. Jangan berhenti berusaha. Hidup ini terlalu indah untuk dinikmati. dan bunuh diri hanya penamatan cerita yang terlalu menyedihkan dalan penghidupan setiap orang. Tangisan gembira dan tangisan sedih amat berbeza. Tangisan gembira mampu membuatkan orang lain bersemangat untuk menceriakan kehidupan sendiri dan orang lain.

Salam sayang,
Secret.


p.s: Aku pernah cuba bunuh diri suatu ketika dahulu. Syukur, ada orang lain menyedarkan aku dari  lamunan itu. dan aku sungguh gembira sekali hari ini. Kini aku sudah bekerjaya, punya gaji untuk membantu keluarga. punya wang untuk mengurangkan beban ayah untuk bantu adik- adik. dan aku juga sudah punya harta pertama iaitu KERETA SAGA FLX . hik3 sungguh tak kuduga.  Setelah 5 bulan memiliki baru aku benar- benar percaya yang aku mampu memiliki kereta. Syukur. Inilah nikmat yang aku rasai sekarang. Aku telah merangka hidup aku supaya menemui HAPPY ENDING, dan tanpa dijangka, aku mampu memiliki KERETA. dan aku rasakan ibu bapa ku juga gembira saat melihat aku menghulurkan wang belanja kepada adik- adik aku yang tercinta. SENYUMAN MEREKA membuatkan aku lupa akan segala stress kerja tiap- tiap bulan. Dalam pada itu, ini menunjukkan otak aku boleh dipakai juga untuk sumbangan kepada majikan aku. Jika aku bunuh diri dahulu........ di suatu  masa lalu, aku tak budget otak aku ni boleh dipakai. hehe.. Salam sayang. sayangi diri anda.

Selagi Nyawa dikandung badan, LAYAN.............
PEACE YO!!
^_____^











No comments:

Pengkongi SECRET