Sunday, March 06, 2011

Tips Keyakinan diri

Aku bukanlah sesiapa. Tapi aku ada tips nak buatkan diri aku yakin. Ya!! YAKIN!!! atau bahasa germannya "CONFIDENT". Semua orang ada cara tersendiri nak buatkan diri tegak berdiri walau kadang- kadang merasa diri ini seperti lalang yang lemah gemalai. Alahai... santun lengkok ke kiri ke kanan. Oh kawan- kawan. hentikan aksi- aksi itu. Tapi kalau dah selesa dalam keadaan macam tu... Tak ape lah. Jadilah diri anda. Itu je.




Ok. berikut tips Keyakinan diri dari Secret sendiri. Semua ni atas pengalaman dan kisah- kisah suka duka secret simpan selama ini. Harap kalian boleh la ambil buat panduan atau mungkin dijadikan iklan bila fikiran tiba- tiba kosong tanpa pengisian.




1. KERANA DIRI MU BEGITU BERHARGA!!


Jangan lah berduka apa yang ada pada diri. Kita sebagai tuan punya badan perlu hargai diri sendiri. Kalau tidak tuan badan, siapa lagi? Seperti mana kita berduka akan kekurangan diri, seperti itu jua lah diri ini merasa bila tuan punya badan tidak menghargai diri nya. Jadi, jadilah "tuan punya badan" yang baik hati. tak gitu? kan. Kita pun kenalah kesian dengan diri kita sendiri. Jangan lah selalu pandang rendah pada diri sendiri @under estimate ourself. Not goodlah. Hargailah diri anda. Tanamkan dalam diri, yang anda mahukan yang terbaik untuk diri anda seperti tiada lagi hari esok. Dan anda mahukan kenangan yang terbaik bila ajal menjemput anda nanti. kan?

2. FIKIRKAN "MARUAH"


Anda ada MARUAH?? MARUAH??  Ye. Saya ajar kalian ye. Sila tegapkan badan anda. tak kiralah anda sedang berdiri atau duduk. Cuma tegapkan dada anda. Kemudian, sila genggam tangan kanan anda. Pastikan bahagian ibu jari mengadap badan anda. Sudah bersedia?? Dalam posisi badan yg tegap. Halakan genggaman tangan anda tadi ke dada belah kiri iaitu di kawasan jantung anda sebanyak 2 kali. Kalau boleh dengan BERTENAGA.  jangan sekuat hati pula. beza tu.kang ade pulak yang masuk ICU. hoho.. Dah cuba?  Ulang beberapa kali.  dan dalam fikirkan dalam minda anda akan MARUAH. So, amacam? =)

No comments:

Pengkongi SECRET