Wednesday, May 18, 2011

10 sebab kenapa perlu happy


Ya. Kenapa Secret perlu happy? Mungkin sebab-sebab secret perlu happy tak sama kot dengan kalian. Mungkin kalian perlu juga senaraikan 10 Sebab kenapa perlu happy. Supaya kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Secret belum uji lagi kaedah ni. Secret just nak inform kalian dulu apa secret nak buat. Harap-harap uji kaji ni berkesan. Ya. insya-allah. Kita sama-sama lihat akan keberkesanannya dalam masa 2 minggu? sebulan? terpulang. tapi secret nak buat 2 minggu dulu kot.


Cara nya secret nak pamerkan 10 sebab kenapa perlu happy di dalam bilik secret dan yang penting sekali di lokasi strategi yang secret selalu terpandang. Biar diri sendiri ni terpandang- pandang terjeling- jeling pada list tersebut. Nak tengok kesan psikologinya pada diri secret. Kalau kalian nak join, jomlah. Kita sama- sama ya. Harap- harap uji kaji ni akan memberi kesan positif.) 

10 sebab kenapa Secret perlu happy
  1. Allah sentiasa beri ruang kepada aku untuk membaiki diri.
  2. Allah sanggup terima aku walaupun aku ni dah buat banyak dosa.
  3. Allah tetap bagi ketenangan dalam hati aku walaupun aku pernah dan banyak kali langgar perintahNYA
  4. Allah tetap dengar rintihan hati aku, rungutan aku tentang hidup aku ni. Patutnya aku kena puji DIA banyak- banyak.
  5. Allah tetap bagi semangat kat aku walaupun kadang- kadang aku tak senyum pun. (Muka monyok)







  6. Allah tetap nak bagi clue(petunjuk) kat aku bila aku blur dan buntu
  7. Allah tetapkan hati ahli keluarga aku untuk tetap sokong aku dari belakang walaupun aku dah buat perangai macam-macam. Aku patut bersyukur. dan balas jasa family aku. Semoga aku dan family aku capai kebahagiaan yang diingini. Amin.
  8. Allah bagi aku bakat melukis. Bila aku nak berkata- kata tapi malas nak bersuara, jari jemari aku akan mudah melukis apa yang aku rasa. dan bila selesai, hati aku lega. Terima kasih Allah. KAU memang agong.
  9. Ada insan yang menyayangi diri ini dan terima segala kekurangan, buruk cela pada diri ini. Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati hidup dan melindungi insan ini.
  10. Ada pembaca blog ni yang boleh terima cara Secret. Terima kasih, sebab sokong secret selama ni. secret mintak maaf sebab blog ni macam ni je. tak macam blog orang lain yang meletop. Inilah diri secret sebenar. Thank you, kalian...



6 comments:

Anonymous said...

Salam,
keep on blogging.

zahimi

secret said...

waalaikumussalam,
zahimi.
thanx. Terharu sey...
huhu =)
Insya- Allah. kalau takde aral melintang banyak sangat, saya akan teruskan berblogging sampai bila-bila. huhu

Mohd Azri said...

syukur alhamdulillah,
ingt mengingati,nasihat menasihati satu same lain walaupun bkn bersaudara keluarga tp saudara seagama menjadikan kite insan cemerlang dunia dan akhirat insyallah..

Mohd Azri said...

alhamdulillah,
ingat-mengingati,nasihat menasihati walaupun bukan bersaudara keluarga,tp saudara seagama menjadikan kite cemerlang dunia akhirat insyallah..

Anonymous said...

bantu menbantu,ingat mengingati satu same lain walaupun bkn bersaudara keluarga,tp saudara seagama insyaallah cemerlang dunia akhirat..trus kn selagi mampu... salam..

AZRIDZA

secret said...

@Azri.
Kita kena sama- sama membantu. Ada banyak cara. Ikotlah kesesuaian dan kemampuan kita, apa yang kita buat tu, ibadah, Hanya Allah je layak hakimi usaha kita tu. =)
thanx

Pengkongi SECRET