Tuesday, June 28, 2011

Bila hati berkata

Tak semua kita mahu berkata dengan jelas di depan mata.
kerana hati.
menjaga hati.
akhirnya terluka hati.

Mengapa?
kerana hormat
kerana kasih
dan
kerana sayang

Terkadang itu keperluan berkata terpaksa dilakukan
yang pasti perlu melalui tahap tapisan air mineral berkuasa dan berteknologi nano.

ya
benar- benar halus
dan
berulang.

tapi.

Saturday, June 25, 2011

Friday, June 24, 2011

Kereta idaman.pertama.teruja


kereta yang jadi taxi dalam cite ni. perghh
first time kot teruja tengok kereta.huhu

kereta apa ek?
specific.

pliz...

Thursday, June 23, 2011

BAJU raya.

aisey...
nak baju raya pattern apa yek?

konfius.


secret dah design banyak da.
huuu
leceh jugak ek buat baju.huhu



Wednesday, June 22, 2011

Laptop apa yang bagos?


Tolong secret, boleh?

Secret selalu guna laptop untuk

  • internet
  • simpan gambar banyak
  • lagu
  • video
tu je. 
keinginan secret
  1. bajet bawah 1500. 
  2. ringan
  3. laptop baru ye
  4. ada cd/dvd driver
  5. key board yang lembot. tak mau bunyi yang terlalu plastik.aishhh. bising. tak mau. nak yang bunyi smooth. tak mau la pakai laptop canggih tapi bila taip macam pakai MESING TAIP. tak mau
  6. KURANG PROBLEM DENGAN WIRELESS/INTERNET. please. itu yang penting. sebab ada certain laptop. lembap  walaupun mahal. tu nasib baik orang lain punya. kalu secret punya memang dah kena lambong2.huhu
  7. sound yang sedap. kalau dengar tak macam letak tepon berlagu diletakkan di dalam tin biskot. yerk

YA AMPON..
secret memang cerewet tapi pada masa yang sama simple. huhu
tolong suggest untuk secret ya.

asalnya teringin nak miliki i pad ke ipad2 ke.
tapi ramai review susah nak taip. yelah
touch screen kan.

apa cadangan kalian. tolong..tolong...huhu




Tuesday, June 21, 2011

Tak mau JATUH LAGI


Tak mau
jadi kena berhati- hati

nak lari
tak mau jatuh lagi
tak mau tengok belakang lagi.
tak mau

tak mau toleh belakang
tak mau
tak mau

Monday, June 20, 2011

Tempat yang teringin


  • SECRET RECIPE. hehe
  • Nak merayau dalam kawasan Sekolah Tinggi Kluang. boleh? nak flash back .M.E.M.O.R.I. year 1999.
  • Pulau rebutan - PULAU BATU PUTIH
  • persisir pantai. I MAU SNORKELING.... Tak pandai scuba la

Saturday, June 18, 2011

?.S.L.U.T. Walk? ape tu ?


Rasanya. dulu kat Malaysia pernah timbul isu nih.
kaitan antara pakaian dengan kes rogol.
VONGOK je ni.
wahai perempuan. jangan lah jadi murah sangat.
meski kita tak minta. tapi toksah la sampai persoalkan itu ini.
huhu

Klik READ MORE untuk lihat video PELIK DARI KALANGAN WANITA. aish...


Wednesday, June 15, 2011

Ni betol- betol .G.E.R.E.K.



Gerek sey...
tu ayat secret.
nak olah tak pandai.
tengok video ni  dulu.huhu

Tuesday, June 14, 2011

Perlu .A.D.A. semangat


Secret bukan .BO.DOH.
secret tahu.
banyak benda tahu.

kalau jawab exam tentang soalan perasaan, memang boleh dapat markah pernuh punya.

tapi 

kenapa?

bila kena dengan batang hidung sendiri. 
segala sistem dalam tubuh jadi lemah?

ya. lemah
kenapa?
sebab yang kat kepala kalau da kiok. alamat satu badan kena tempias.

Monday, June 13, 2011

Rasa .I.T.U. lah yang abadi.




Kenapa ya.
sakit rasanya.

kenapa kita mampu mengingat kembali peritiwa yang lepas- lepas?
kenapa?

Sunday, June 12, 2011

.A.n.g.a.u.


secret tak nak cakap pape. huhu
tapi tajuk tu. betol. adoi lah...
huhu

Saturday, June 11, 2011

.K.E.M.B.A.L.I. semula ke track lumba lari untuk acara larian berpagar



oh. am i correct? the name of the acara.
haha
watever

ok.

Esok merupakan hari baru untuk Secret.
Ya.
setelah sekian lama bertapa di gua bercahaya.
setelah sekian lama meng-audit diri.
dan 
setelah sekian lama mencari formula- formula baru bagi memulihkan luka lama.

akhirnya secret bersedia untuk menempuh hidup baru yang mendatang.

2-3 hari ni, toksah cakap lah.
diri ini akan tiba- tiba ter PAUSE. 

dan 
dengan tiba- tiba fikiran me REWIND segala memori lama.
suka duka di alam perkerjaan.
meski umor masih muda. aish.
dugaan hidup...
mak ai....

jeles secret yang orang lain. senang je perjalanan idop nya. meski sebaya dengan secret

sempat juga beristigfar mengingat tuhan.
Memohon agar ditabahkan hati untuk menghadapi dugaan mendatang.

ya.

Friday, June 10, 2011

Wal la wey... hati ku terbakar kerana burung dan BABI ini. isshhh..



Gila kentang!!.
Secret nak join the crowd tu boleh?
omg....
nak ...nak..nak...
bestnye... 
haha
aku da jadi sewel jap nih.huhu


kan best kalau ada kat Malaysia. kat kluang  ke.
aisey......
kalau ada taman tema ANGRY BIRDS memang aku pergi. geram aku tengok babi ijau tu.huhu

Yang kekal dalam hati ialah lagu-lagu peter pan.



Kenapa begitu?


Ni semua gara- gara Secret tertuka channel RCTI indonesia kol 3.30 pagi tadi. aish...
hahah
bagos2. tup2 ada cte epic movie yang macam pernah secret tengok di zaman lampau.
eceh. tak boleh belah. haha
secret dalam ingat- ingat lupa tajuk movie ni, sempat lagi berbangga diri.
haha. lepas ni, babak piung2 pedang sampai salji turun.
pastu, awek yang dah mati terkena pisau kat jantung, dengan tiba- tiba bangon.haha
tergelak sendiri sambil tengok babak awek naik kuda dan tiba- tiba ade pisau melayang ke arah dia.
huhu
sweet kan. 
bila tiba- tiba kita leh ingat balik jalan cerita yang kita pernah tengok dulu.

haha..

dalam pada tu, secret tertanya- tanya pada diri,
apa ek tajuk epic movie ni?
tahon bila hah?
aku rasa, macam aku tengok kat panggong.
tapi kat mana.


Thursday, June 09, 2011

Kesegaran pagi ini dengan kilat merah

=)
Keajaiban yang Allah tunjuk jarang -jarang.
Manusia kagum.

Tapi
kenapa manusia kurang kagum bila dapat bernafas setiap saat?

Wednesday, June 08, 2011

Tidak .S.T.A.T.I.K. dan tidak pasti

Esok takkan tiba tanpa hari ini
dan
hari ini terhasil kerana semalam


Meski semalam dan yang dulu- dulu itu menyakitkan
tapi hari ini
ternyata berbeza


Tak semua sifat dan perlakuan hari itu akan kekal
Ia berubah dan tak tetap


Aku gembira.


Kerana aku merasa gembira
Kerana hari ni berbeza
Tidak seperti semalam.

Tuesday, June 07, 2011

Lagi SURAT CINTA mamat Afrika


Kok ye pun, bang brahim,
nak bagi surat cinta, bagi la salam ka. greeting je mana cukup.
kok ye pun, bang brahim,
tunjuk lah keikhlasan sikit.
ni macam bagi surat cinta KOPI PES je.
tulisan kejap kecik, kejap beso
kejap halus, kejap tebal,
kejap tulisan gini, kejap tulisan gitu
bang brahim tak layan perasaan betul2 ke kat Secret?
aisey... bang brahim ni.

bang brahim ni nak mainkan perasaan secret ya.
sedih secret tau.

sob..sob...sob...

tak mo layan.
bang brahim tak ikhlas.

MENCI...MENCI..MENCI...

='(


klik READ MORE untuk melihat keseluruhan surat cinta mamat afrika.

Tiba- tiba macam betul je apa rosmah cakap dulu...



selama ni, aku ingat negara Malaysia terkebelakang daripada Jepun. lagi- lagi bab jimat karen.
tak cayer? tengok video ni, orang jepun sendiri buat statement.
ya ampon.
aku terkejut gila okay.
Alhamdulillah.haha
rupanya aku ni pun pandai dan berhemah jugak lah ek.
rakyat malaysia dari dulu berhemah dalam bab jimat karen.hehe
Bangga sey jadi rakyat Malaysia.
huhu
Sila puji diri sendiri ye.

Yeah.. 
akhirnya cara pemikiran rakyat MALAYSIA jauh lebih baik daripada negara Jepun. huhu

Oh ya. Secret bukan nak komen negatif. tolong jangan salah anggap ye.
Sebabnya... selama ni, kita atau lebih tepat lagi Secret sendiri terlampau memandang tinggi pada Jepun. Kenapa tu, tak yah tanya lagi lah kan. semua tahu.

dan
akhirnya
pada saat ini.
SECRET BERBANGGA DAN BERTAMBAH TAMBAH BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA.


huhu
kalau kalian kurang faham perbualan dalam video ni dalam bahasa inggeris. sila tanya pada rakan- rakan kalian ya. 
huhu

SECRET KEMBANG GILA NIH.HEHE

Klik READ MORE  untuk lihat video yang bikin secret rasa UP SKIT dari Jepun.huhu


Monday, June 06, 2011

JOm muhasabah



Aku hidop untuk apa?
apa aku dapat selama ni?
apa aku rasa selama ni?
Apa aku buat untuk capai perasaan yang aku ingin sangat tu?
berbaloi ke apa aku buat macamtu?
nanti aku mati bila- bila masa nanti, aku nak mati dalam keadaan tersenyum ke macammana.
apa aku prepare/ sediakan diri untuk itu?
aku ni dah abis bayar hutang belum?

Budi bahasa budaya kita. Jangan .H.O.N. sebarang.


Zaman jauh di replay kembali


yeah.
secret suka kat mamat ni
oh.
i'm not gay.
just love his way.
he's cool, man...
at his own age
still joking around.

hua3.
Secret suka part last. tak boleh belah langsong! hahah 

Wujud .C.I.N.T.A. antara 2 berbeza


Secret sering menangis
dan 
takkan mungkin tak nangis.

wujud cinta.
cinta yang kuat.

bila meletak diri yang satu ini dalam 2 watak dalam video ini (klik READ MORE)

membuatkan aku meraung sekuat hati.

Semoga ALLAH (tuhan) merahmati hidup aku.
Aku bahagia menjadi hamba MU, ya Allah (tuhan)
tapi
aku teringin sangat mendapat bahagia dari hamba MU yang lain, ya Allah (Tuhan)
Ya Allah.

.P.E.R.A.S.A.A.N. tanda .S.O.A.L.


Tetiba Secret terfikir.

Ya.
Ter- fikir.
iaitu sesuatu yang terlintas di fikiran
Tidak merancang untuk difikirkan.

Hidup ni penuh kemewahan
Kemewahan yang diingini
yang pasti memuaskan hati

Tetiba terfikir
Kenapa aku perlu ada apa yang orang lain ada?

Mereka mahu

Sunday, June 05, 2011

Rupanya ribut salji.


Kalau kat Malaysia ni, dah banjir la kot. huhu pengetahuan am.heheh...
Secret suka godeh youtube. MMA. Macam- macam ada. secret tak langgan Astro. tak da masa nak mengadap TV tu. kalau bukak youtube, anytime boleh. kita yang set time. huhu

Secret memang suka dengan slogan ni.

INTERNET KILLS THE TELEVISION 

Bukan 'Artis' Malaysia .M.E.N.C.A.R.I. T.E.N.A.N.G.



Senyum panjang.  =)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog Secret yang tak seberapa ni.
huhu

Hari ni, happy gila. huhu
Sebab, Secret ter- nyanyi dengan spontan dan memang nak rakam pun. huhu Sebab secret ni jenis dapat idea on the spot. kalau soh nyanyi balik. secret lupa. huhu Jadinya, berikut adalah lirik lagu yang berjaya Secret terhegeh- hegeh salin sambil replay lagu yang secret dah rakam tadi.

Alhamdulillah 
Best.
secret puji diri sendiri.hehe
Sebab, akhirnya terluah. Lirik. keluar spontan dari mulut. tu yang ada yang sangkut- sangkut sebab dok pikir ayat seterusnya. Bila dah siap rakam, dengar balik semula. Salin lirik semua. Baru secret faham. Rupanya itulah apa yang Secret pendamkan selama ni. Ya. memang benar.

Lagu ni,
Tak ditujukan buat siapa- siapa.
Secret nyanyi untuk diri sendiri.
Tapi tak salahkan kongsi. 

Entahlah. kalian layanlah dulu lirik ni ek. lagu nya nanti- nanti. Secret nak video kan. supaya leh masuk youtube. senang skit. leh paparkan lirik sekali.

secret bagi warning dulu ek. 
secret takde suara. Secret bukan nak menyanyi betul2. sekadar mendendang lagu untuk diri sendiri. lagu pujuk diri kot. apa- apa jelah. haha 

ok. selamat semua.
Berikut lirik lagu secret. Tajuknya MENCARI TENANG. =)
Kalau suka, senyum. 
kalau tak suka, sila komen ya. bagi ayat pedas skit ke.huhu

Tekan READ MORE untuk lirik rahsia SECRET.

Saturday, June 04, 2011

Apa aku faham. Aku C.A.N.T.I.K.



Hari ini
adalah aku yang begini.
yang pasti lebih baik dari tahun- tahun dahulu

Ya
Aku bersyukur kerana aku terbaik pada hari ni
Ya
Aku sedang berbicara tentang diri aku
Pencapaian terhebat dalam hidup ku
dalam perjalanan hari- hari dalam hidup ku
Ya
Hanya berbicara sekitar lingkungan kehidupan diri ku sahaja
Maka
Aku merasakan aku terbaik pada hari ni

Namun,

Yang I.N.D.A.H. dari Allah (Tuhan)


Friday, June 03, 2011

Bila melanda @tidak badai pada diri

Biasakan lah diri mendengar dendangan ni.
setiap hari

=)



kadang- kadang sebagai manusia biasa, kita mudah untuk lari dari fokus.

Wednesday, June 01, 2011

Terkadang

Terkadang.
nak membenci.
tak mampu.

nak pergi.
berat.

Cuba bertahan.
selagi mampu.

yang melihat.
membocor mulut.

aku menanggong.
aku rasa

mereka hanya tahu
membocor mulut

sakit hati
tak terkata

walau cuba diringan
tetap sendiri
apa jua sendiri
tiada teman
membantu

cukup la membocor mulut.
kau hanya tahu membocor mulut

aku yang menampung yang sedia ada
ditambah luah mulut bocor mu itu
lagi bertambah beban di bahu
berendam racun di hati

sakit
sendiri

aku kena tahan
aku tahu siapa diri aku
dan aku tahu nak sayang diri aku
dan selama ini
aku sendiri.
ketawa sendiri
menangis sendiri
memujuk diri sendiri

orang lain hanya mampu membocor mulut
dan suka membocor mulut
dan tak mungkin berhenti.

aku sakit.
penuh racun dalam hati
hamburan dari mulut bocor itu.



Liposuction yang MANTOP! @ jom buang lemak perut.


C.E.R.I.A.K.A.N pagi anda ! tet...


Pengkongi SECRET