Sunday, October 16, 2011

Kisah jiwa tidak cool

Kisahnya...
Jiwaku bosan hari ini.
amat.


Mungkin.
atau tiada mungkin sebenarnya.


Menjadi tabiat manusia itu hanya gembira
bilamana apa yang disukakan itu terjadi
Maka melonjaklah ia gembira di hati tak terperi
senyum sampai ke telinga juga sampai terlupa diri.


Andai perkara itu terjadi yang mana ia tidak disukai
sudah tentu dahi licin juga tetap nampak garisannya
berbaris- baris tambah kedutan


Ya.
Itulah manusia.
Aku teringin benar menjadi manusia yang dikatakan dalam bahasa orang putih, COOL.


Ya
Cool
Adakah COOL itu sebenarnya sifat atau perbuatan?


Adalah menjadi sangat hebat jika seorang itu seorang yang COOL
tapi bagaimana sebenarnya rasa menjadi seorang yang dianggap COOL?


Tanggapan ku begini.
Tidak mungkin benar juga tidak mungkin salah.
Sekadar pandangan peribadiku yang lahir dari hati
Aku katakan manusia COOL ini seorang yang malas nak amik port. atau
kata Melayu nya, malas nak ambil tahu secara lebih lanjut dan
tak mahu memanjang-manjangkan cerita atau
malas nak kecoh
dan yang aku pasti
COOL itu manusia yang amat penyabar kerana jiwanya menentang tindak balas emosi normal seorang manusia
Jadi, pada aku yang normal atau ayat yang tepat sekali manusia gila sensitif,
aku amat tabik pada manusia- manusia COOL kerana mampu menahan nafsu amarah yang hebat.


Tahniah. anda manusia hebat.


Terkadang aku terfikir.
aku yang manusia ini yang sedang belajar untuk bersabar dan menjinakkan nafsu amarahku
amat terseksa juga. 
jiwa itu sakit melawan perkara yang tidak menjadi rutin.


itu lah.
mungkin itulah perasaan ku sekarang.
mana ada manusia akan suka bila sesuatu yang tidak ia sukai terjadi keatasnya
Jawapan ku
pelik.
Kemudian jawabku, tenang, sabar.
Tuhan sedang menduga mu.
selamat.--

Sunday, October 09, 2011

Progress

Sekarang ni Secret is taking part of a brilliant project. yang sah2 project besar secret lah. baik punya. Insya- allah, secret akan mendaki tangga2 kecil untuk mencapai impian secret. but for now, secret masih mendaki tangga2 kecil itu.

Ok. buat masa ni, secret takleh bitau lagi ape projek tu. tunggu da siap 100% baru secret story ye. huhu tak mboh ar, promosi hebat sangat. tp barang nye takde bende pun. gitu. huhu

ok. ni secret selitkan sedikit... ala- ala....
tak mo bg banyak2.
hehhe







Lagu paling best tahon 2011



Friday, October 07, 2011

BUANG TEBIAT

1. aku sayang laki aku.
2. aku nak jadi baik. muslimah baik. mulia di sisi suami...auw....... aum.huhu
3. aku cinta gila sama laki aku
4. aku nak orang hormat idop aku. i have my own. mind yours.
5. aku bahagia dan aku gembira sekarang. atas semua faktor sekeliling aku jadi begini hari ini. tapi ada satu faktor yang aku nak faktor itu sentiasa ada. ya. laki aku. =) dia yang bikin otak aku jadi matang dalam idop. selama ni aku anggap mudah dalam idop. macam anak kecil. tapi... beliau telah mem PLKN kan aku. thanx.... =) huhu...
6. Things happen for reasons. terima kasih Allah sebab temukan aku dengan dia. auw...auw... tq Allah. Panjangkanlah jodoh kami, ya Allah.... Matikan kami dalam iman dan di jalan menuju Kamu.
7. aku masih samar- samar. Sama ada mau start bidding lukisan aku di ebay atau bukak blog khas of my lukisans. atau bagaimana. bukak blog dulu kan lebih elok. huhu later la. not now. sekarang tengah mood melukis benbanyak. tak rajin nak ngadap laptop lak sekarang.
8. Drama Korea "AGAIN MY LOVE", betul2 bikin aku berfikir panjang dan Allah mungkin memang nak aku tengok drama tu. Terima kasih Allah. You've shown me something. Love you, Allah. huhu. i like. =)
9. It's his besday yesterday. =) no cake. just wishes. hehe marry me, please*. huhu (Gile tak malu. huhu) *rekaan je tu. berangan lebih. haha
10. aku hepi sangat hari ni. tak pasti dengan tepat pasal apa. thanx Allah. Love u again and again.
11. Blog kat jumiesamsudin.com memang best. huhu
12. Tetiba nak menggatal belajar violin. mcm mengarot je. takot hangat2 tahix ayam. sebab aku memang kemarok dengan lagu vivaldi four season hok winter. versi Lara St. John. huhu kalau tengok di awal kemunculan blog ni , ade kot aku cte pasal lagu nih. aish.... mmg lagu idop aku. huhu best tau. enjoy la kt bawah ni ade.


13. ok. selamat semua. aku tak tau kenapa aku hepi sangat arini. malam semalam (after midnite. so it's morning la kan) aku siap sujud syukur. tak tau la. kenkadang Allah bagi anugerah tu, tak kira masa. I love you Allah. huhu. okey. aku selitkan skit 1 gamba lukisan aku yer. called BEAUTIFUL SINS. tajuk memang dramatik. ape2 jelah. tp aku suke lukisan tu. Kualiti gamba memang out. aku pkai webcam laptop je. super malas. bukan ade kamera pon.

Beautiful Sins by Marissa (MARISSA ART GALLERY)



Tuesday, October 04, 2011

My heart

Aku rasakan hari esok adalah hari2 indah yang mendatang......
jika kita pegang hati, kita tetap dan kita akan damai.
serahkan jiwa raga untuk nya......
masyuk.....

bila mana, bila kau sedih sekalipun, kau mampu tersenyum. sebab dia sentiasa ada dengan mu. takkan lari, takkan pergi, takkan merajuk wat so ever....

sebab dia ada di mana, dia dengar apa kata hati kita.......

i miss u, my Allah......

Let me love u with all i have.
i know u always there
no matter my conditions are.
please dont leave me. 
i know.
i'm just saying.
please dont leave me.


i know u'll always there
everywhere
dont leave me alone.
n i promise and always will
no matter how i'm happy
i wont forget u.


u are my heart...


Allah. please dont leave me...








Saturday, October 01, 2011

Sayu dan tergamam dengan ciptaan tuhan


Lukisan oleh Marissa bertajuk Sekuntum bunga di Syurga 


Ye. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Mampukah kalian tergamam? ye .
istilah ayat terpesona tak sesuai langsung untuk dimaksudkan.
tapi tergamam adalah lebih tepat.

Aku sungguh tergamam dengan ciptaan tuhan. dengan bagaimana DIA menciptakan manusia punya akal dan jiwa. aku amat tersentuh. bagai jiwa kecil ku ini dicuit lembut dengan lagu ni. ia bukan lunakan suara manusia. tapi kelunakan suara hati manusia yang disampaikan melalui alat. maka dapat didengari betapa jiwa nya mampu mencuit jiwa aku. entah macammana, aku pun terbuai sama dek kelunakan suara itu. ia tidak menggoda tapi aku seolah- olah berjalan seiringan dengan lenggok lagu tu lantas terimbau saat-saat yang pernah berlaku dalam hidup ni. lagu ni sesungguhnya hidup. hidup dalam setiap jiwa- jiwa kecil meski jika diletakkan microphone di setiap dada- dada manusia, belum tentu dapat didengari. argh... syahdunya lagu ni.... mata aku pun berkaca. di perenggan- perenggan tertentu membuatkan aku tersenyum seendiri. Nikmatilah keindahan ciptaan tuhan ni yang terlahir dari bunyian yang hebat hasil kecerdikan manusia ciptaan- NYA. Roller coaster oleh Mike Kalombo.

Aku POYO

Omaigad....

Untuk sekali lagi, aku merasakan aku sangat lah beruntung............... haha beliau ucapkan lagi. memang selama ni mane ade dia nak puji aku. kena pulak aku ni bukan jenis makan puji. dats mean klo ko puji, it's like.... " dia ni kenapa?" haha.... ok. beliau tak pernah memuji aku dengan kata2 manis (mase dia mengorat aku dulu tu je la... tu pun, dah bertahon rasenya dan aku tak tipu, kalau sekarang ni beliau kalau tetibe puji aku, aku akan kata "dia ni kenapa?" hahah..). The things which bring me to write this entry is.... beliau kata kan lagi ayat ni kepada ku.. ah syahdunya...


"Kau boleh tak jangan nak jeles2. "baru ni"  nak jeles?. bukan ko tak kenal aku, kalau aku nak, aku buat! tak yah tunggu ko jauh dari aku, depan ko, aku leh usha awek lain. Jadi tak yah nak jeles2. Bukan sekarang baru nak usha (curang), dari dulu lagi, aku mampu buat. dah. tak yah pikir"




haha... aku tak tau la pengertian kalian tentang ayat beliau. tp... aku mmg suke gila ayat tu. cume, tak sangka lak dia ckp mcmtu lg. tp kali ni, dia bagi ayat tambahan "ak yah tunggu ko jauh dari aku, depan ko, aku leh usha awek lain." agak sentap jugak la bila dengar ayat tu. huhu semakin hari , semakin sayang. huhu..

ampon la ye....cinta saya unik. saya sendiri tak percaya pada kata- kata manis. kerana manis itu membawa penyakit diabetis.  and in real life. tolong jangan percaya pada kata-kata manis.... bahana wey.. faham kan?

ok. maaf ye sebab dah lama tak update. huhu

Thursday, September 15, 2011

Pelajaran untuk beberapa hari ni

ASSALAMUALAIKUM

Setelah meneliti diri untuk beberapa hari ni, baru ku terpanggil untuk berkongsi kisah. Yang nyata dan pastinya adalah cerita- cerita tentang manusia yang bernama aku a.k.a SECRET. yoah... huhu .

Ya, aku izinkan kali ini dengan rela hati andai kata kalian hampir meluat dan termuntah membaca kisah ku. Aku hanya manusia biasa tapi pada mata ku jika dibanding manusia- manusia yang pernah aku temu, sememangnya nyata aku jauh terkebelakang. bukanlah aku ibarat duduk dalam guna. uisshhhhh..... orang kata kalau ada internet dalam gua sekalipun, konfem diri kita up- to date,kan? oh. lupa. itu secret yang kata. ok. sambong. Apa yang aku ingin katakan. Ya, pemikiran aku kedepan tapi aku ini terlalu teguh pendirian atau terlalu selesa dengan keadaan diri dan menyatakan dengan jelas, aku tahu apa aku mahukan. walaupun dengan nyata, aku merelakan orang lain memandang aku sambil mengangkat kening sebelah.

Friday, September 09, 2011

Tak mencuba, tak tahu.

Ok. Assalamualaikum semua.

Kena dengan tajuk hari ni, Secret mahu kasi tahu lah I've done something special that I haven't done for quite loooooooooooooooooooooooooooooooooooong time. Ye. It's been long time I've never paint. So, untuk entri akan datang, Secret akan paparkan lukisan yang secret lukis ye. Lame benor dah tak melukis, jari jemari ni dah kekok. Tapi bila tengok hasilnya, secara peribadi, Secret berpuas hati. Ada kemajuan dari segi penggunaan warna. Teknik pun, ye jugak, nampak kesungguhan pada diri secret. Cumanya tu la... Secret masih lagi belum teruja nak belajar guna cat minyak. aisey... mood tu tak datang lagi. lagi satu. kos tu sebenarnya. hmm........... tengok la macammana.

Oh ye. harus diingatkan, secret melukis bukan untuk melukis supaya lukisan nampak cantik. Lukisan itu adalah sesuatu yang terdalam dari dalam diri secret yang secret luahkan. I just dont know how to express my feelings trough word. so hard. and I feel easy and happy painting my feeling on a piece of paper. I'll keep on painting until I relieve. =)


Ni lukisan zaman kegemilangan secret dulu.(2008). Banyak lukisan ntah ape2 mana ntah. ada yang kena curik. Lukisan yang paling Secret sayang tu lah si pencuri bekenan. hmm.....


Monday, September 05, 2011

Sesi Soal Jawab datang lagi.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa kabar ye? Dah raya- raya ni, Secret sendiri slow nak update blog nosecretanyway. huhu

ok. Tergerak hati nak buka sesi soal jawab. ok. kepada semua pengunjung blog nosecretanyway. adalah dimaklumkan bahawa kalian diperlawa untuk mengajukan sebarang soalan kepada Secret. Mungkin ada perkara- perkara tertentu yang kalian nak tahu ke atau bagaimana ke. Dipersilakan. hehe

ok lah. Selamat. ;)


Thursday, September 01, 2011

Ketidak hatian

Ketidak hatian itu berlaku
Tapi apa yang perlu dibuat ialah membuatkan diri ini seolah- olah tak tahu
Bukan tidak mahu melayan
Tapi biarlah aktiviti memujuk itu tidak berlaku
Nanti berdrama pula dengan diri sendiri

Itu adalah fikir ku di Syawal 3 ini (1432H)
Mungkin hidayah dari Tuhan untukku
Mungkin itulah ubat yang perlu aku makan
Sesuatu yang terlintas dalam fikiran tanpa berfikir

Syawal kedua

Aku menyendiri sendiri
Seringkali sendiri melihat diri dari hati

Ke mana aku mahu pergi
Tak mampu ku sorokkan kesedihan, kerinduan dalam satu ruang yang kecil
Akhirnya terpapar di wajah
Sukar untuk bendung
dengan dugaan mendatang tak henti
Hampir terlupa bagaimana rasa 'lapang dada'

Waktu, ruang dan peluang

Wednesday, August 31, 2011

Bila kau menangis...

 Assalamualaikum
Secret tak mampu lindung. Jika mahu sebarkan, sebarkan. 
Ini amal. Kalau klik, memang takkan dapat komisen walau 0.001 sen. takkan. tapi saya doakan kalian dapat ganjaran yang lebih hebat nanti. ye. daripada Tokey besar kita semua. Allah. Even u never ask, Allah will give it to you. If Allah wants  to. Good Luck. secret tak mau cakap banyak la. emosi. emosi..emosi.. tau tak. =p hehe. Assalamualaikum


Kredit to CikEpal. I found about this from her blog yang comel itu.

Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432H

Bercakap dengan Tuhan
Kata-kata mula terukir di saat celiknya mata,
Bersendirian terkebil- kebil memandang siling,
Seperti biasa akan berlaku sesi perbualan dari hati ke hati antara aku dengan Tuhan,
Ya, Tuhan aku satu je. Tuhan kepada agama Islam. Allah.
Dia je tempat aku mengadu yang menjalankan sistem  telus transparent yang mana tak memerlukan duit bawah meja, pujian membodek dan yang pasti Dia tak kisah kalau pun aku ni yang tak seberapa ni untuk berbicara dengan Dia yang Agong kekuasaan. Pujian buat Nya. Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ila ha Illah.
Aku sanjung Dia sahaja. Aku sayang Dia sangat- sangat. Sebab Dia terima aku seadanya, Dia sentiasa ada bila aku perlukan Dia, Dan aku sentiasa terasa akan kehadiran Nya meski ketika aku tidak terlalu terdesak memerlukannya. 
Iya. 
Dia sentiasa ada. Menjadi teman bual bicara kepadaku tidak kira waktu.
Dia ada.

Monday, August 29, 2011

Diriku COMEL tanpa make up

Secret, 2005

=)
sebenarnya nak buat tajuk ni, "TERASA DIRIKU BEGITU COMEL" tapi macam 'EWWWW'. huhu

Ya
Kalau nak dikenang kembali saat- saat itu, serius aku boleh angau sorang- sorang dan guling- guling atas katil seharian. huhu 
Iya... I tak tipu. huhu

Mungkin kalian tidak tahu akan fakta ini, ia mungkin memeranjatkan kalian atau mungkin lebih tepat lagi, terkeluar semua biskut raya termasuk almond london yang kalian tengah kunyah.

Ya. Topik hari ni, saya libatkan dua jantina utama di peringkat global. Tidak termasuk golongan transgender, golongan yang transgender palsu dan juga golongan wanita yang menyerupai lelaki.

Iya. Ianya melibatkan soal dari mata jatuh ke hati.

Saturday, August 20, 2011

Aku suka..aku suka... pepatah cinta.

"A woman takes power in love depending on how much she can hurt her lover"

- Stendhal. Author of De L'Amour (1822) (On Love)

Friday, August 19, 2011

Resepi tangan bujang (GARLIC CRACKER)





*RESEPI: GARLIC CRACKER.

*Target: kalian yang suka mengunyah. haha girls kot.
*jimat, murah. marvelos.

*Bahan-bahan
1- tepong gandum

Thursday, August 18, 2011

Perbicaraan pun bermula.

Bermulanya perbicaraan
Tak pula ditentukan waktu dan tarikh
Masa seakan terhenti tapi hati petah berbicara


Bising suasana di sana sini
Bingit
Entah dari mana datangnya
Tak tenteram jadinya
Yang jelas suara aku berbicara


Ke mana harus ku tuju lagi
Diam membatu itu lebih baik gamaknya
Juga tak

Tuesday, August 16, 2011

PENGUMUMAN PENTING untuk kalian. HELP ME =.="





S.E.C.R.E.T. sedang mencari seorang manusia yang beridentiti tidak diketahui.
yang pasti beliau merupakan pembaca blog nosecretanyway yang tercinta ini. secret mohon untuk kalian carikan beliau untuk secret. he's really meant to me. cara nya bagaimana?


1- pernahkah anda hantar email pada email secret sebelum ni? jika tidak pernah, maka anda bukan beliau yg secret cari
2- jika andalah insan itu, please . email me once. at least i know u EXIST. yo yo or je ak mengarang. last2 secret dapat email daemon. cam sengal je. so. please. i know u r reading this. please. i beg u. i havent checked my mail box for months. just read just now. huuuu...ampon ye. 


so, sila la ye.
anyway. what is guesttimate? macammana nak approve?

Monday, August 15, 2011

Kerinduan yang tak terbendung iman


Bila terdiam lama,
Membisu tak mahu melihat,
Menyibukkan diri.
Tapi dalam hati tersimpan sesuatu.
Akhirnya aku akui aku rindu

Ya rindu
Rindu atau lebih tepat sekali 'angau'
Angau pada kekaguman sesuatu
Ianya sebentar seketika
Tapi mengapa ku mampu ingat dalam tempoh yang lama
Mungkinkah aku jatuh cinta?
Duduk gelisah
Masa menjadi sangat terganggu buatku
Bukan penakot tapi

Sunday, August 14, 2011

CINTA ATAU HATI YANG MATI. BAGAIMANA?

Hati  perlu  digilap   selalu    supaya   terus   bersinar . Andai  kata  tugas ini diabaikan, ia  akan  mati .  Mengikut    Ibrahim   bin Adham , 8  PERKARA MEMATIKAN   HATI    adalah

  1. Mengetahui hak Allah tetapi tidak menegakkan hak itu.
  2. Membaca Quran tetapi tidak melaksanakan suruhan- suruhannya.
  3. Mencintai  nabi tetapi mengabaikan sunahnya.
  4. Takutkan mati tetapi tidak

Saturday, August 13, 2011

Perfection

As time pass by
The feel flew away
The emptiness of the jar
Could be heard by far

In life, it is natural to be born imperfect
To think back as being one of the imperfect
It's hurt

This man, Guardiola accept that he's not perfect
To be true, It's true
He's not handsome
But his word keep me thinking deep down under
"Perfection does not exist but you have to look for it anyway."

I smiled
For some reason i have to frame his photos
To remind me that I'm not perfect
But I have to look for it too




Tuesday, August 02, 2011

Hujan dunia

Dugaan itu datang tak menduga
Seperti gerimis hujan yang menyambar dengan tiba- tiba
Datang tak dijangka
Sudahnya pun tak dijangka
Cuma terkadang tu gerimis disambut pula dengan tepukan
Maka lebatlah hujannya tak henti
Mendung awan tak usah dikata

Bersabarlah
Hujan tak lama
Kalau lama tetap akan berhenti juga
Bumi yang dah disiram hujan akan segar
Bumi bangkit dari kemarau ketidakselesaan
Akan bangkit, bangun, segar, dan tegoh.




Tuesday, June 28, 2011

Bila hati berkata

Tak semua kita mahu berkata dengan jelas di depan mata.
kerana hati.
menjaga hati.
akhirnya terluka hati.

Mengapa?
kerana hormat
kerana kasih
dan
kerana sayang

Terkadang itu keperluan berkata terpaksa dilakukan
yang pasti perlu melalui tahap tapisan air mineral berkuasa dan berteknologi nano.

ya
benar- benar halus
dan
berulang.

tapi.

Saturday, June 25, 2011

Friday, June 24, 2011

Kereta idaman.pertama.teruja


kereta yang jadi taxi dalam cite ni. perghh
first time kot teruja tengok kereta.huhu

kereta apa ek?
specific.

pliz...

Thursday, June 23, 2011

BAJU raya.

aisey...
nak baju raya pattern apa yek?

konfius.


secret dah design banyak da.
huuu
leceh jugak ek buat baju.huhu



Wednesday, June 22, 2011

Laptop apa yang bagos?


Tolong secret, boleh?

Secret selalu guna laptop untuk

  • internet
  • simpan gambar banyak
  • lagu
  • video
tu je. 
keinginan secret
  1. bajet bawah 1500. 
  2. ringan
  3. laptop baru ye
  4. ada cd/dvd driver
  5. key board yang lembot. tak mau bunyi yang terlalu plastik.aishhh. bising. tak mau. nak yang bunyi smooth. tak mau la pakai laptop canggih tapi bila taip macam pakai MESING TAIP. tak mau
  6. KURANG PROBLEM DENGAN WIRELESS/INTERNET. please. itu yang penting. sebab ada certain laptop. lembap  walaupun mahal. tu nasib baik orang lain punya. kalu secret punya memang dah kena lambong2.huhu
  7. sound yang sedap. kalau dengar tak macam letak tepon berlagu diletakkan di dalam tin biskot. yerk

YA AMPON..
secret memang cerewet tapi pada masa yang sama simple. huhu
tolong suggest untuk secret ya.

asalnya teringin nak miliki i pad ke ipad2 ke.
tapi ramai review susah nak taip. yelah
touch screen kan.

apa cadangan kalian. tolong..tolong...huhu




Tuesday, June 21, 2011

Tak mau JATUH LAGI


Tak mau
jadi kena berhati- hati

nak lari
tak mau jatuh lagi
tak mau tengok belakang lagi.
tak mau

tak mau toleh belakang
tak mau
tak mau

Monday, June 20, 2011

Tempat yang teringin


  • SECRET RECIPE. hehe
  • Nak merayau dalam kawasan Sekolah Tinggi Kluang. boleh? nak flash back .M.E.M.O.R.I. year 1999.
  • Pulau rebutan - PULAU BATU PUTIH
  • persisir pantai. I MAU SNORKELING.... Tak pandai scuba la

Saturday, June 18, 2011

?.S.L.U.T. Walk? ape tu ?


Rasanya. dulu kat Malaysia pernah timbul isu nih.
kaitan antara pakaian dengan kes rogol.
VONGOK je ni.
wahai perempuan. jangan lah jadi murah sangat.
meski kita tak minta. tapi toksah la sampai persoalkan itu ini.
huhu

Klik READ MORE untuk lihat video PELIK DARI KALANGAN WANITA. aish...


Wednesday, June 15, 2011

Ni betol- betol .G.E.R.E.K.



Gerek sey...
tu ayat secret.
nak olah tak pandai.
tengok video ni  dulu.huhu

Tuesday, June 14, 2011

Perlu .A.D.A. semangat


Secret bukan .BO.DOH.
secret tahu.
banyak benda tahu.

kalau jawab exam tentang soalan perasaan, memang boleh dapat markah pernuh punya.

tapi 

kenapa?

bila kena dengan batang hidung sendiri. 
segala sistem dalam tubuh jadi lemah?

ya. lemah
kenapa?
sebab yang kat kepala kalau da kiok. alamat satu badan kena tempias.

Monday, June 13, 2011

Rasa .I.T.U. lah yang abadi.




Kenapa ya.
sakit rasanya.

kenapa kita mampu mengingat kembali peritiwa yang lepas- lepas?
kenapa?

Sunday, June 12, 2011

.A.n.g.a.u.


secret tak nak cakap pape. huhu
tapi tajuk tu. betol. adoi lah...
huhu

Saturday, June 11, 2011

.K.E.M.B.A.L.I. semula ke track lumba lari untuk acara larian berpagar



oh. am i correct? the name of the acara.
haha
watever

ok.

Esok merupakan hari baru untuk Secret.
Ya.
setelah sekian lama bertapa di gua bercahaya.
setelah sekian lama meng-audit diri.
dan 
setelah sekian lama mencari formula- formula baru bagi memulihkan luka lama.

akhirnya secret bersedia untuk menempuh hidup baru yang mendatang.

2-3 hari ni, toksah cakap lah.
diri ini akan tiba- tiba ter PAUSE. 

dan 
dengan tiba- tiba fikiran me REWIND segala memori lama.
suka duka di alam perkerjaan.
meski umor masih muda. aish.
dugaan hidup...
mak ai....

jeles secret yang orang lain. senang je perjalanan idop nya. meski sebaya dengan secret

sempat juga beristigfar mengingat tuhan.
Memohon agar ditabahkan hati untuk menghadapi dugaan mendatang.

ya.

Friday, June 10, 2011

Wal la wey... hati ku terbakar kerana burung dan BABI ini. isshhh..



Gila kentang!!.
Secret nak join the crowd tu boleh?
omg....
nak ...nak..nak...
bestnye... 
haha
aku da jadi sewel jap nih.huhu


kan best kalau ada kat Malaysia. kat kluang  ke.
aisey......
kalau ada taman tema ANGRY BIRDS memang aku pergi. geram aku tengok babi ijau tu.huhu

Yang kekal dalam hati ialah lagu-lagu peter pan.



Kenapa begitu?


Ni semua gara- gara Secret tertuka channel RCTI indonesia kol 3.30 pagi tadi. aish...
hahah
bagos2. tup2 ada cte epic movie yang macam pernah secret tengok di zaman lampau.
eceh. tak boleh belah. haha
secret dalam ingat- ingat lupa tajuk movie ni, sempat lagi berbangga diri.
haha. lepas ni, babak piung2 pedang sampai salji turun.
pastu, awek yang dah mati terkena pisau kat jantung, dengan tiba- tiba bangon.haha
tergelak sendiri sambil tengok babak awek naik kuda dan tiba- tiba ade pisau melayang ke arah dia.
huhu
sweet kan. 
bila tiba- tiba kita leh ingat balik jalan cerita yang kita pernah tengok dulu.

haha..

dalam pada tu, secret tertanya- tanya pada diri,
apa ek tajuk epic movie ni?
tahon bila hah?
aku rasa, macam aku tengok kat panggong.
tapi kat mana.


Thursday, June 09, 2011

Kesegaran pagi ini dengan kilat merah

=)
Keajaiban yang Allah tunjuk jarang -jarang.
Manusia kagum.

Tapi
kenapa manusia kurang kagum bila dapat bernafas setiap saat?

Wednesday, June 08, 2011

Tidak .S.T.A.T.I.K. dan tidak pasti

Esok takkan tiba tanpa hari ini
dan
hari ini terhasil kerana semalam


Meski semalam dan yang dulu- dulu itu menyakitkan
tapi hari ini
ternyata berbeza


Tak semua sifat dan perlakuan hari itu akan kekal
Ia berubah dan tak tetap


Aku gembira.


Kerana aku merasa gembira
Kerana hari ni berbeza
Tidak seperti semalam.

Tuesday, June 07, 2011

Lagi SURAT CINTA mamat Afrika


Kok ye pun, bang brahim,
nak bagi surat cinta, bagi la salam ka. greeting je mana cukup.
kok ye pun, bang brahim,
tunjuk lah keikhlasan sikit.
ni macam bagi surat cinta KOPI PES je.
tulisan kejap kecik, kejap beso
kejap halus, kejap tebal,
kejap tulisan gini, kejap tulisan gitu
bang brahim tak layan perasaan betul2 ke kat Secret?
aisey... bang brahim ni.

bang brahim ni nak mainkan perasaan secret ya.
sedih secret tau.

sob..sob...sob...

tak mo layan.
bang brahim tak ikhlas.

MENCI...MENCI..MENCI...

='(


klik READ MORE untuk melihat keseluruhan surat cinta mamat afrika.

Tiba- tiba macam betul je apa rosmah cakap dulu...



selama ni, aku ingat negara Malaysia terkebelakang daripada Jepun. lagi- lagi bab jimat karen.
tak cayer? tengok video ni, orang jepun sendiri buat statement.
ya ampon.
aku terkejut gila okay.
Alhamdulillah.haha
rupanya aku ni pun pandai dan berhemah jugak lah ek.
rakyat malaysia dari dulu berhemah dalam bab jimat karen.hehe
Bangga sey jadi rakyat Malaysia.
huhu
Sila puji diri sendiri ye.

Yeah.. 
akhirnya cara pemikiran rakyat MALAYSIA jauh lebih baik daripada negara Jepun. huhu

Oh ya. Secret bukan nak komen negatif. tolong jangan salah anggap ye.
Sebabnya... selama ni, kita atau lebih tepat lagi Secret sendiri terlampau memandang tinggi pada Jepun. Kenapa tu, tak yah tanya lagi lah kan. semua tahu.

dan
akhirnya
pada saat ini.
SECRET BERBANGGA DAN BERTAMBAH TAMBAH BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA.


huhu
kalau kalian kurang faham perbualan dalam video ni dalam bahasa inggeris. sila tanya pada rakan- rakan kalian ya. 
huhu

SECRET KEMBANG GILA NIH.HEHE

Klik READ MORE  untuk lihat video yang bikin secret rasa UP SKIT dari Jepun.huhu


Monday, June 06, 2011

JOm muhasabah



Aku hidop untuk apa?
apa aku dapat selama ni?
apa aku rasa selama ni?
Apa aku buat untuk capai perasaan yang aku ingin sangat tu?
berbaloi ke apa aku buat macamtu?
nanti aku mati bila- bila masa nanti, aku nak mati dalam keadaan tersenyum ke macammana.
apa aku prepare/ sediakan diri untuk itu?
aku ni dah abis bayar hutang belum?

Budi bahasa budaya kita. Jangan .H.O.N. sebarang.


Zaman jauh di replay kembali


yeah.
secret suka kat mamat ni
oh.
i'm not gay.
just love his way.
he's cool, man...
at his own age
still joking around.

hua3.
Secret suka part last. tak boleh belah langsong! hahah 

Wujud .C.I.N.T.A. antara 2 berbeza


Secret sering menangis
dan 
takkan mungkin tak nangis.

wujud cinta.
cinta yang kuat.

bila meletak diri yang satu ini dalam 2 watak dalam video ini (klik READ MORE)

membuatkan aku meraung sekuat hati.

Semoga ALLAH (tuhan) merahmati hidup aku.
Aku bahagia menjadi hamba MU, ya Allah (tuhan)
tapi
aku teringin sangat mendapat bahagia dari hamba MU yang lain, ya Allah (Tuhan)
Ya Allah.

.P.E.R.A.S.A.A.N. tanda .S.O.A.L.


Tetiba Secret terfikir.

Ya.
Ter- fikir.
iaitu sesuatu yang terlintas di fikiran
Tidak merancang untuk difikirkan.

Hidup ni penuh kemewahan
Kemewahan yang diingini
yang pasti memuaskan hati

Tetiba terfikir
Kenapa aku perlu ada apa yang orang lain ada?

Mereka mahu

Sunday, June 05, 2011

Rupanya ribut salji.


Kalau kat Malaysia ni, dah banjir la kot. huhu pengetahuan am.heheh...
Secret suka godeh youtube. MMA. Macam- macam ada. secret tak langgan Astro. tak da masa nak mengadap TV tu. kalau bukak youtube, anytime boleh. kita yang set time. huhu

Secret memang suka dengan slogan ni.

INTERNET KILLS THE TELEVISION 

Bukan 'Artis' Malaysia .M.E.N.C.A.R.I. T.E.N.A.N.G.



Senyum panjang.  =)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog Secret yang tak seberapa ni.
huhu

Hari ni, happy gila. huhu
Sebab, Secret ter- nyanyi dengan spontan dan memang nak rakam pun. huhu Sebab secret ni jenis dapat idea on the spot. kalau soh nyanyi balik. secret lupa. huhu Jadinya, berikut adalah lirik lagu yang berjaya Secret terhegeh- hegeh salin sambil replay lagu yang secret dah rakam tadi.

Alhamdulillah 
Best.
secret puji diri sendiri.hehe
Sebab, akhirnya terluah. Lirik. keluar spontan dari mulut. tu yang ada yang sangkut- sangkut sebab dok pikir ayat seterusnya. Bila dah siap rakam, dengar balik semula. Salin lirik semua. Baru secret faham. Rupanya itulah apa yang Secret pendamkan selama ni. Ya. memang benar.

Lagu ni,
Tak ditujukan buat siapa- siapa.
Secret nyanyi untuk diri sendiri.
Tapi tak salahkan kongsi. 

Entahlah. kalian layanlah dulu lirik ni ek. lagu nya nanti- nanti. Secret nak video kan. supaya leh masuk youtube. senang skit. leh paparkan lirik sekali.

secret bagi warning dulu ek. 
secret takde suara. Secret bukan nak menyanyi betul2. sekadar mendendang lagu untuk diri sendiri. lagu pujuk diri kot. apa- apa jelah. haha 

ok. selamat semua.
Berikut lirik lagu secret. Tajuknya MENCARI TENANG. =)
Kalau suka, senyum. 
kalau tak suka, sila komen ya. bagi ayat pedas skit ke.huhu

Tekan READ MORE untuk lirik rahsia SECRET.

Saturday, June 04, 2011

Apa aku faham. Aku C.A.N.T.I.K.



Hari ini
adalah aku yang begini.
yang pasti lebih baik dari tahun- tahun dahulu

Ya
Aku bersyukur kerana aku terbaik pada hari ni
Ya
Aku sedang berbicara tentang diri aku
Pencapaian terhebat dalam hidup ku
dalam perjalanan hari- hari dalam hidup ku
Ya
Hanya berbicara sekitar lingkungan kehidupan diri ku sahaja
Maka
Aku merasakan aku terbaik pada hari ni

Namun,

Yang I.N.D.A.H. dari Allah (Tuhan)


Friday, June 03, 2011

Bila melanda @tidak badai pada diri

Biasakan lah diri mendengar dendangan ni.
setiap hari

=)



kadang- kadang sebagai manusia biasa, kita mudah untuk lari dari fokus.

Wednesday, June 01, 2011

Terkadang

Terkadang.
nak membenci.
tak mampu.

nak pergi.
berat.

Cuba bertahan.
selagi mampu.

yang melihat.
membocor mulut.

aku menanggong.
aku rasa

mereka hanya tahu
membocor mulut

sakit hati
tak terkata

walau cuba diringan
tetap sendiri
apa jua sendiri
tiada teman
membantu

cukup la membocor mulut.
kau hanya tahu membocor mulut

aku yang menampung yang sedia ada
ditambah luah mulut bocor mu itu
lagi bertambah beban di bahu
berendam racun di hati

sakit
sendiri

aku kena tahan
aku tahu siapa diri aku
dan aku tahu nak sayang diri aku
dan selama ini
aku sendiri.
ketawa sendiri
menangis sendiri
memujuk diri sendiri

orang lain hanya mampu membocor mulut
dan suka membocor mulut
dan tak mungkin berhenti.

aku sakit.
penuh racun dalam hati
hamburan dari mulut bocor itu.



Liposuction yang MANTOP! @ jom buang lemak perut.


C.E.R.I.A.K.A.N pagi anda ! tet...


Tuesday, May 31, 2011

Tak Paham

Apa maksud lirik lagu ni? secret konfius.
Ada di antara kalian boleh tolong jelas kan? huhu

Polis Malaysia macam ni ker?

seram sey........
jahat nak mampos!!
ade ke dia seret bayi! vangang !!!!


PDRM jangan buat macam ni k. tak kira la sape pun.
hukum karma mau? ish3. takot sey


kejam3. =(

Monday, May 30, 2011

ROMBAK @ Blog NO secret ANYWAY




Kenapa?
- Mood Secret sekarang dah tonggang tebalik. So kena cari sesuatu untuk sesuaikan mood secret sekarang ni.
aish.....asyik nyanyi lagu ni je. hahah
it's tooooooooo personal.hahaha tapi korang jangan gelak terlebih ek.huhu

HAHA.... Secret layan lagu DANGDUT okey. huhu
jangan wat2 terkezut. dulu time belajar, karok lagu amelina, ngan inul. hahah
terasa bodoh gila je bila gelek dalam karoke jamban.hahah ngok ngek btol
tapi time tu, tgh high gila. huhu crowd tak yah cakap ar.haha 

Lagu dangdut yang tepat untuk mood secret sekarang ini ialah lagu dari group manis manja.haha lagu ape, tu kena tekan read more la ye. huhu baru surprise.. tet...

T.I.K.U.S @ Memandu 90 km/jam


Lukisan yang malas nak disiapkan@ DAH BOSAN


Sunday, May 29, 2011

J.O.I.N Secret@ Kempen Lahirkan bayi B.E.B.A.S. H.I.V



Secret suka sangat video ni, pelik pada asalnya. 
tapi kalian akan tahu jugak maksud dan mesej yang hendak di sampaikan di akhir video
huhuhu
Serius memang tak tercapai dek akal bila tengok video ni.

Klik read more ye.

Pengkongi SECRET