Wednesday, October 23, 2013

Sunday, March 03, 2013

Merasa cukup dan mahu maju lagi



Assalamualaikum,

Ke hadapan pembaca yang dihormati, Secret doakan kebahagiaan dan kejayaan kalian dunia dan akhirat.

Merasa cukup ialah satu istilah yang harus Secret tanamkan dalam diri agar bersyukur dengan apa yang ada. Agar sentiasa memotivasikan diri sendiri dengan segala usaha yang dilakukan selama ini adalah berkat doa ibu bapa dan pertolongan rakan- rakan sekeliling yang dikenali mahupun tidak.

Ya. Secret ingin maju lagi. Terlalu banyak. Tetapi Secret tak mahu terlalu yakin. Cukuplah sekadar untuk kepuasan diri dan Secret tak mahu terlalu kecewa andai kata perancangan tergendala di tengah jalan. Secret cuba. Begitu juga anda. Andai kalian semua ada perancangan baru untuk masa akan datang, sudilah berkongsi dengan secret dalam kotak komen di bawah.

Salam sayang untuk pembaca blog NoSecretAnyway.  I'm happy for you.

Sunday, February 24, 2013

Konvo kali ke 2


             Senyuman yang terukir mampu menceritakan segala kisah. Alhamdulillah. Secret bersyukur.
. Otak dan fikiran ku masih mampu untuk mencerna segala ilmu. Moga kalian mengerti bahawa dalam setiap lipatan sejarah dan helaian kitab hari- hari itu, Tuhan telah aturkan setiapnya. Kesemuanya punya perkaitannya. Aku bersyukur..

             Mengapa aku bersungguh? Kerana aku mahu ukirkan sejarah hidup ku dengan perkara- perkara gembira pula. Aku bersyukur. Sesungguhnya kalau tidak kerana kisah lalu... aku tak segigih kin.i untuk berusaha.

             Aku mahu hargai nyawa ku yang hampir aku buang. Aku tak mahu toleh kebelakang sangat dengan emosi. Aku cuma mahu 'continuous improvemnt' dalam graf kehidupan aku. Moga kalian mengerti, memahami dan mengikut jejak langkah ku. Sejarah tetap sejarah. Yang aku cuma fikirkan hari ini, apakah sejarah yang bakal aku cipta untuk tempoh hari esok, agar bila aku toleh ke belakang tentang sejarah hari ini, aku mahu diriku tersenyum.

            Ingin Secret kongsikan beberapa kata-kata yang secret suka. Secret memang geek. Secret memang kaki facebook. Siapa kita, ialah apa yang kita baca. Itu antara ayat- ayat yang mengubah cara hidup secret. secret sertakan link di setiap gambar, bila kalian mungkin berminat, boleh lah like page mereka dan nterima kata- kata yang membuatkan kita berfikir dan untuk direnung- renungkan.



Klik sini untuk link asal


Klik sini untuk link asal

Klik sini untuk link asal


p/s:

Secret tak mau leka lagi. Secret sekarang dah kerja elok. Dah dapat title OFFICER. Tapi... Secret nak cabar diri Secret. SECRET NAK JADI MANAGER. Secret nak orang lain dengar dan terima arahan dari Secret pulak. HAHAHAHA..... Sekarang Secret tengah cucuk fikiran Secret untuk berfikir sebagai manager dan perilaku sebagai Manager. Kita yang kena tanam mindset kita. Jadi keseluruhan  diri kita akan mengikut apa yang otak kita set kan. Moga kalian dah set kan dalam otak kalian untuk jadi apa esok. Secret tak moh dah hidup terkapai- kapai. Secret tak mau dah orang lain dan persekitaran yang tentukan hidup secret. Secret nak terus maju dan berada dalam landasan yang Secret rancang. Tegas pada diri kalian. GOOD LUCK ALL!

Tuesday, February 19, 2013

Saturday, February 09, 2013

Kemengertian


        Sungguh pedih untuk diterima akan kenyataan ini. Luluh hati tapi tak mampu untuk berundur mahupun memadam segala memori yang tercatit di belakang badan yang telah bergerak ke hadapan. Seperti dirancang, seperti yang dijangka, masa telah tiba dan harus dihadapi dengan apa jua segala kekuatan yang tersisa. Di sini aku dengan segala sifat ku. Tak mampu untuk beralah. Tak mampu untuk ku menjatuhkan, meleraikan jiwa ku kepada keadaan. Takkan ku beralah. Akan ku temu juga jalan keluar. Biar dipanggil sombong. Sampai bila- bila takkan ku rebah air muka ini untuk ditertawa.

        Cukuplah gurau- gurauan yang berlalu. Sudah menjadi sejarah. Tak mahu aku ulangi, Tak mahu aku rasai. Mohon bersabar dan tabah. Kunci kuat itu ada pada niat. Tetapkan hati mu dan berusaha.

Yang terbaik, itu diniatkan
Yang dimahu, itu yang dilakukan
Yang termampu, itu yang harus diserahkan kepada Nya.

Sesungguhnya aku manusia yang lemah dan berair muka.

Di suatu daerah, Semalam.

     

        Sekembalinya aku dari suatu daerah, aku rasakan suatu kelainan terjadi. Betul- betul menguji jiwa dan emosi. Kemanakah hala tuju ku selepas ini? Merajuk pun sudah. tapi masih terbeban rasa di hati. Berat sungguh nak kubawa segala isi di hati ini. Bagaimana harus ku bawa diri ini ke hadapan? Dunia yang tak tahu aku akan cerita esok. Sungguh diluar jangkaan.

        Allah itu mengetahui akan segalanya. Untuk menolak segalanya di hadapan, terasa tak mungkin kerana adakalanya Allah berikan ku suatu yang terlalu indah tak diduga akan kejadiannya. Juga kejadian yang buruk sekali dalam hidup. Pengajaran yang mendewasakan yang mampu menaik taraf tahap pemikiran. Tapi sudah sedia maklum setiap ujian itu adalah perasaanya sebalik seratus peratus dengan perasaan saat mengalami keindahan. Harus tahan. Harus Tabah.

Tuesday, February 05, 2013

Kesumat

Bara di hati membuak- buak
Mengapa?
Aku ini manusia kah? atau dinding?

Pergilah jauh- jauh ini perasaan
Aku letih
Mengapa harus aku terkesan
Aku bukan sesiapa
Mengapa wujud perasaan ini

Aku buntu
Puas ku cari
Tapi bagaimana caranya nak disesuaikan dengan keadaan
Aku bengis
Aku berusaha menjadi layu, ayu dan sopan
Tapi bagaimana?

Tebal nya rasa 
Ingin ku kikis- kikis perasaan ini
Mengapa ya?

dan kenapa?

Sunday, February 03, 2013

2013


Bismillah.

Setelah sekian lama menutup tirai tahun- tahun yang lepas, kini aku kembali.
In sya- Allah dengan satu perasaan yang aku pun tak pasti. Manusia itu mudah lupa.
Begitu juga aku.

2013
Lama sungguh aku menyepi. sungguh. Entri terakhirku pada 28 June 2012. Ia suatu petanda yang baik. Why? 2 July 2012 ialah tarikh keramat dalam hidup aku. Aku diterima bekerja setelah setahun menganggur yang diselang selikan dengan kerja yang ntah apa- apa. maksudnya kerja yang tidak serius. Alhamdulillah. bermula 2 July kehidupan aku pun mula busy, sampai blog aku tak terusik.

Alhamdulillah. itu suatu petanda yang baik.

Namun, aku merasakan sesuatu kekurangan di sepanjang perjalanan. Aku terlalu mengejar impi.
Aku cuba macam- macam kaedah, barangkali mencontohi dan bereksperimentasi dengan kaedah yang telah digunapakai oleh rakan- rakan lain untuk berjaya. Ya, aku bersungguh- sungguh.

Dari hati ku, Ya, Sungguh penat sekali. Sampai di suatu tahap aku bapak bosan!
Entahlah. itulah yang terkeluar dari mulut ku hari ini. Setelah sekian lama aku memendam rasa dan tercari- cari. Jawapan sudah ada di depan mata. Dan mata hati aku juga bersetuju dengan kata hati ku. Mulut juga sudah terpacul, maka sahlah apa yang aku rasakan selama ni. Jawapannya,

" Aku akan gunakan kelemahan aku untuk berjaya."

Ya... Itulah kata hati ku. Selama ini, aku pandang orang lain untuk berjaya. Aku meletakkan mereka di depan aku. Aku kaji, aku ekperimen setiap langkah, aku uji dan aku rasa. Akhirnya aku rasa tak kena. Sehinggalah saat sebelum aku mencoretkan segala kata- kata di sini. Sungguh pedih. Ku rasakan mataku mula berkaca panas suam- suam kuku. Aduh. dadaku mulai sebak. Lalu aku tarik nafas.



Terima kasih pada yang Maha Kuasa. Allah s.w.t

Kini aku sedar. Sebenarnya nak berjaya, kita kena lihat pada diri. Ya..... ukur baju di badan sendiri. Melihat cermin pun ya juga. Kini aku rebah dan mengalah. Serius kata ku. Sudah sampai satu titik noktah untuk segalanya. Aku sudah cukup penat mengejar sesuatu yang tak terkejar oleh kudrat ku. Aku akan mulai langkah baru ku dengan sesuatu yang lama. Iaitu diri aku sendiri, jiwa ku kembali saat aku mencoretkan segala isi di sini. Lihatlah aku. Lihatlah gaya ku selama ni melalui penulisan. Aku rasa damai. Aku rasai jiwa aku selama ini. Aku rindu dan aku rasakan bagai roh ku kembali pada jasad yang asal. Ya aku sudah kembali. Inilah aku. Siapa aku ialah penulisan ku.

Aku akan gunakan kelemahan aku untuk berjaya. Mungkin selama ini aku rasakan menulis ialah hobi tapi mulai saat ini, ia bukan lagi hobi. Kini, aku baru sedar, menulis ialah jiwa ku. Entahlah dari mana datangnya jiwa ini dan aku selesa. Sudah berapa lama tidak aku menggunakan kata- kata seperti dalam blog ini. Patutlah hidup ku selama beberapa bulan ini seperti hilang arah.

Sudah pasti terasa kelainannya. Siapa yang bisa berbicara seperti ini di dunia nyata.
Hanya aku bercakap dan berkomunikasi di alam maya. Aku berjanji untuk teruskan berbahasa seperti ini. Ya. Hanya di blog saja aku mampu berbicara seperti ini.

Aku harap, dapat lah aku termui rakan- rakan baru yang juga bisa berbicara seperti ni.
Kerana aku rasa kehadiran jiwa ku bila berbahasa seperti ni.

Dalam dunia nyata ingin saja aku katakan pada diri ku sendiri....

" Ini semua POYO!!!"

hahahaha.......
Selamat semua.
hehehe


Pengkongi SECRET