Senyuman yang terukir mampu menceritakan segala kisah. Alhamdulillah. Secret bersyukur.
. Otak dan fikiran ku masih mampu untuk mencerna segala ilmu. Moga kalian mengerti bahawa dalam setiap lipatan sejarah dan helaian kitab hari- hari itu, Tuhan telah aturkan setiapnya. Kesemuanya punya perkaitannya. Aku bersyukur..
Mengapa aku bersungguh? Kerana aku mahu ukirkan sejarah hidup ku dengan perkara- perkara gembira pula. Aku bersyukur. Sesungguhnya kalau tidak kerana kisah lalu... aku tak segigih kin.i untuk berusaha.
Aku mahu hargai nyawa ku yang hampir aku buang. Aku tak mahu toleh kebelakang sangat dengan emosi. Aku cuma mahu 'continuous improvemnt' dalam graf kehidupan aku. Moga kalian mengerti, memahami dan mengikut jejak langkah ku. Sejarah tetap sejarah. Yang aku cuma fikirkan hari ini, apakah sejarah yang bakal aku cipta untuk tempoh hari esok, agar bila aku toleh ke belakang tentang sejarah hari ini, aku mahu diriku tersenyum.
Ingin Secret kongsikan beberapa kata-kata yang secret suka. Secret memang geek. Secret memang kaki facebook. Siapa kita, ialah apa yang kita baca. Itu antara ayat- ayat yang mengubah cara hidup secret. secret sertakan link di setiap gambar, bila kalian mungkin berminat, boleh lah like page mereka dan nterima kata- kata yang membuatkan kita berfikir dan untuk direnung- renungkan.
Klik sini untuk link asal |
Klik sini untuk link asal |
Klik sini untuk link asal |
p/s:
Secret tak mau leka lagi. Secret sekarang dah kerja elok. Dah dapat title OFFICER. Tapi... Secret nak cabar diri Secret. SECRET NAK JADI MANAGER. Secret nak orang lain dengar dan terima arahan dari Secret pulak. HAHAHAHA..... Sekarang Secret tengah cucuk fikiran Secret untuk berfikir sebagai manager dan perilaku sebagai Manager. Kita yang kena tanam mindset kita. Jadi keseluruhan diri kita akan mengikut apa yang otak kita set kan. Moga kalian dah set kan dalam otak kalian untuk jadi apa esok. Secret tak moh dah hidup terkapai- kapai. Secret tak mau dah orang lain dan persekitaran yang tentukan hidup secret. Secret nak terus maju dan berada dalam landasan yang Secret rancang. Tegas pada diri kalian. GOOD LUCK ALL!
No comments:
Post a Comment