Thursday, September 15, 2011

Pelajaran untuk beberapa hari ni

ASSALAMUALAIKUM

Setelah meneliti diri untuk beberapa hari ni, baru ku terpanggil untuk berkongsi kisah. Yang nyata dan pastinya adalah cerita- cerita tentang manusia yang bernama aku a.k.a SECRET. yoah... huhu .

Ya, aku izinkan kali ini dengan rela hati andai kata kalian hampir meluat dan termuntah membaca kisah ku. Aku hanya manusia biasa tapi pada mata ku jika dibanding manusia- manusia yang pernah aku temu, sememangnya nyata aku jauh terkebelakang. bukanlah aku ibarat duduk dalam guna. uisshhhhh..... orang kata kalau ada internet dalam gua sekalipun, konfem diri kita up- to date,kan? oh. lupa. itu secret yang kata. ok. sambong. Apa yang aku ingin katakan. Ya, pemikiran aku kedepan tapi aku ini terlalu teguh pendirian atau terlalu selesa dengan keadaan diri dan menyatakan dengan jelas, aku tahu apa aku mahukan. walaupun dengan nyata, aku merelakan orang lain memandang aku sambil mengangkat kening sebelah.


Ya.
Aku selesa. seperti kisah- kisah lalu, aku selesa tanpa mekap. dan aku merasa aku sungguh comel walaupun tanpa mekap. meski sebenarnya aku memang tak suka bermekap. huhu. bukan lah poyo tapi itulah aku. kalau benar aku ni cun sangat, awatlah si dia katakan kulit muka ku macam kulit kayu?? adoyai. watever. yang pasti dan perasaan yang satu-satunya masih teguh dalam diri ini ialah AKU MERASAKAN DIRIKU BEGITU DAN SANGAT HOT,okey.  aku jujur. tak salah kan. mau tahu kenapa aku berkata demikian?, mohon kalian carilah balik satu enteri menarik dalam blog ni. sure kalian memahami.huhu

Ya. sememangnya aku katakan memang aku hot tanpa mekap TAPI !!!!!

MAKIN MELETOPS BILA AKU MEKAP!. haha betol tak tipu. tanyalah cik secret!

Mengapa aku begitu konfiden? of kos la... aku sebagai tuan punya badan memang sentiasa feeling hot. aku tak kisahlah kalau ada lelaki tengok kat aku. ohhh..... tapi maaflah aku manusia paling segan kat dunia ni bila berdepan dengan manusia berjantina lelaki. tak taulah napa jadi begitu. bukanlah aku sombong mana, cumanya akan terotomatik. diri aku ibarat batu, bisu dan seperti patong yang berupa manusia tapi malang takde function. huhu watever. it's just me. hari ni, aku cerita pasal mekap je lah kot. pasal bentuk badan, lain hari, aku takde mood. ok.

aku tak kisah kau sape, tapi the most important is, aku kenal siapa aku, aku tau apa aku buat meski terkadang terlalu banyak mulut manusia yang bertanya soalan yang macam- macam. watever. aku tetap dengan diri aku. lantak la. yang baik aku ambil . terpulanglah kalian atau sesiapa nak menasihati aku, aku ok je. aku akan sudi mendengar nasihat akan tetapi ingin aku sarankan bahawasanya kalian nasihatlah aku semahu kalian tapi satu aku pinta, telah menjadi adab aku dan keputusan aku untuk menggunapakai nasihat yang diberikan kepada aku. aku kenal siapa diri aku. dan aku sayang diri aku dan aku tidak akan dengan mudah membiarkan kata- kata luar tubuh ku untuk mempengaruhi "hidup" dalam diri aku.

aku bersyukur kerana aku manusia degil dan bongkak. terlalu dengan jiwa sendiri. kerana yang nyata kini, aku terlalu kasihan pada manusia yang berubah akibat anasir- anasir luar yang mempengaruhi diri mereka yang mana akhirnya tidak memberi apa- apa faedah pada diri. makin memburukkan keadaan adalah. Adalah menjadi kewajipan aku menceritakan hal suatu yang diluar kawalan aku. yakni, silalah jaga diri kalian daripada dipengaruhi. walaupun sebesar mana tekanan itu. jika ia tidak memberi erti dan pengertian yang bermakna maka abaikan dan jangan biar ia dekat dengan diri. kerana andai tidak di kawal selia diri ini dari awal mula, kemungkinan - kemungkinan yang menjijikkan bakal mewarnai hidup. arghh...bosan sungguh aku bila berbicara tentang hal ini. Tolonglah. jika diri kita ini lahir sendiri dan tidak punya kaitan dengan sesiapa pun setelah lahir ibarat 'bayi yang jatuh lahir dari langit', itu adalah lebih baik kerana kita tidak punya kepentingan atas sesiapa pun. TAPI!

kita semua tidak begitu, tidak. Mesej yang aku ingin katakan adalah ANDAI KITA TERLALU MUDAH TERPENGARUHI DENGAN HAL- HAL LAIN KEMUNGKINAN ANDA MENJADI MANUSIA YANG SUDAH DIADUN SAMA DENGAN BAHAN- BAHAN ANASIR- ANASIR LUAR.MAKA HASILNYA PASTI DILUARJANGKAAN. JIKA ANDA PUNYA KEPENTINGAN, SUDAH PASTI TAK BANYAK SIKIT MEMBERI KESAN. SEJAUH MANA, IA MEMBERI KESAN PADA SETIAP KEPENTINGAN KALIAN? KALIAN HARUS SEDAR, DETIK PERTAMA KALIAN TERPENGARUH, SELURUH HIDUP KEPENTINGAN KALIAN JUGA TURUT DIPENGARUHI DENGAN SIAPA ANDA SELEPAS DIADUN BAHAN- BAHAN ITU.

Maka,
jagalah diri. jangan mudah terpengaruh. kenali diri. tegas dengan diri. jaga 'diri' yang ada dalam diri. sayangi diri agar 'diri' tidak rasa dikhianati oleh diri kalian. percaya pada kata hati yang ada dalam 'diri' bukan mendengar bising diluar tubuh. AWAS ya !

sekian untuk kali ini.
maaf buat kalian semua, kerana kali ini aku tidak menggunakan kata  ganti diri yang kebiasaan aku gunakan iaitu SECRET. kerana aku rasakan kata- kata yang aku lahirkan di sini pada kali ini adalah terlalu peribadi. Sekian.

ASSALAMUALAIKUM








No comments:

Pengkongi SECRET