Wednesday, April 06, 2011

TIPS Letak Back Link di Kotak Komen

BISIKAN: Kadang- kadang secret hairan juga bila ada blogger- blogger memberi komen di blog-blog tertentu siap promote entri coretan mereka.

Assalamualaikum/ Peace be upon you.

Pertama sekali, secret nak kasi tahu pada kalian semua, secret taklah pandai sangat dalam bidang design web segala. Jadinya nak kata secret serba tahu, memang salahlah tanggapan kalian.

      Cumanya secret ni memang suka mengGOOGLE. itulah hobi dan ia sangat penting di zaman sekarang yang memerlukan perpustakaan maya tanpa menghabiskan wang ringgit isi minyak kenderaan untuk ke perpustakaan berdekatan. Mesti bookmark pakcik google ni sebab semua ada dalam google. Sebenarnya bukanlah google yang bagi semua maklumat, pakcik ni main peranan dalam mencari maklumat yang kita mahukan. Okey. Tamat di situ. Kita fokus pada topik kita iaitu TIPS LETAK BACK LINK DI KOTAK KOMEN.



      Seperti yang dibisikkan di awal entri, agak tertanya- tanya jugalah kan. HOW? Bagaimana mereka buat macam tu? Bagi secret, hal itu menjadi kelebihan kepada blogger- blogger tersebut. Apa taknya, sambil memberi komen, boleh juga menguar- uarkan entri terbaru di blog masing- masing di blog rakan yang lain. Bak kata pepatah Melayu, Sambil menyelam minum air. Tak salah kan? 

      Okey. Hasil pencarian secret. Yes! dan dah dapat pun. Tapi bukannya bulat- bulat boleh pakai pun. Kita kenalah try and error (cuba, betul, bagus. tapi kalau cuba, salah. maka cuba lagi dan lagi.). Tengok dulu macam mana. Sama ada boleh pakai ke tidak. Seperti yang kita mahukan ker atau diluar jangkaan.

Jadi, inilah hasilnya. Kalian cubalah ya. Semoga berjaya!

      Untuk meletakkan back link di setiap akhir komen kalian di kotak komen, berikut adalah kod yang perlu kalian letakkan. 


      Jika mahukan link kalian lebih menyerlah, kalian bolehlah tebalkan / BOLD kan tajuk back link. Gunakan kod seperti dalam rajah di bawah. b untuk boldi untuk Italic dan juga u untuk garisan bawah huruf.



      Apa tunggu lagi? cubalah. Untuk membuktikan  yang secret tak tipu dengan eksperimen secret ni, maka secret pun buat homework macam kalian lakukan. Ini ayat- ayat serta huruf- huruf yang secret susun kat kotak komen secret sebelum secret publishkan. Hasilnya seperti yang kalian boleh tengok di jajahan komen untuk entri ini. Kalau rasa ragu-ragu, makanya bolehlah kalian kopi pes huruf-huruf dan juga abjad- abjad dalam rajah di bawah ni. Kalau kurang jelas, secret ade letak simbol bintang sebelum perkataan Nak.


Bisikan: Dah cuba belum? Kalau kalian dapat hasil seperti  yang secret dapat ni, Kira LULUS lah ye!! SYABAS!! Hahaha jangan Hidung Tinggi sudey...

p/s: Secret panggil back link ni EKOR KOMEN!! Sebab selalu ada di hujung komen. =)

3 comments:

Marissa said...

Bisikan: Amacam? Ada style tak? Kalau dulu, main kopi pes je link yang panjang lebor bebenor kat kotak komen blog orang. Sekarang sudah UPGRADE okey!! * Nak tau macamane untuk up mood pulak?

gilastats said...

wow... ini ilmu br ni. Kena blaja gak :-)

Marissa said...

gilastats. hehe sila2 ilmu ni kte kna kongsi. da cube blom? so how? jadi tak benda nye?

Pengkongi SECRET