Thursday, September 01, 2011

Ketidak hatian

Ketidak hatian itu berlaku
Tapi apa yang perlu dibuat ialah membuatkan diri ini seolah- olah tak tahu
Bukan tidak mahu melayan
Tapi biarlah aktiviti memujuk itu tidak berlaku
Nanti berdrama pula dengan diri sendiri

Itu adalah fikir ku di Syawal 3 ini (1432H)
Mungkin hidayah dari Tuhan untukku
Mungkin itulah ubat yang perlu aku makan
Sesuatu yang terlintas dalam fikiran tanpa berfikir



Aku akan cuba makan ubat ini
Barangkali ia adalah ubat mujarab kepada segala yang berlaku
Aku harus tabah
Aku harus cuba
Aku harus terima
Ketentuan dari Tuhan
Merelakan diri menerima sesuatu
Tanpa prasangka
Yang pasti itu adalah perkara satu dalam seribu dalam hidup ku
Moga Tuhan melembutkan seketul daging itu
Agar mudah meresap segala intipati ubat itu
Aku sedia merelakan hati ku
Aku terima

Terima Kasih Tuhanku
Kau yang Agong
Allah ialah tuhan ku
Tuhan agama Islam ku


No comments:

Pengkongi SECRET