Wednesday, June 08, 2011

Tidak .S.T.A.T.I.K. dan tidak pasti

Esok takkan tiba tanpa hari ini
dan
hari ini terhasil kerana semalam


Meski semalam dan yang dulu- dulu itu menyakitkan
tapi hari ini
ternyata berbeza


Tak semua sifat dan perlakuan hari itu akan kekal
Ia berubah dan tak tetap


Aku gembira.


Kerana aku merasa gembira
Kerana hari ni berbeza
Tidak seperti semalam.



Ternyata aku perlu percaya
bahawa segalanya tidak ditetapkan
di mata manusia
Tapi urusan Tuhan itu hak Nya.


Iya.
Terkadang aku sendiri
Terlalu murung memikirkan masa yang mendatang
Murung, tepu memikirkan apa kesudahan yang belum pun tentu


Iya
terkadang itu, aku sendiri seolah menentukan apa pada masa mendatang ku
Sehingga menyebabkan aku terlalu murung dan risau akan bayang masa mendatang
yang pasti
masa mendatang itu belum tiba.


Jadinya
kini aku tahu
dan apa aku perlu tahu
aku kena percaya 
segalanya tidak ditetapkan (di mata manusia)
kita tidak tahu andai kita terkentut,
belum tentu kentut itu berbau atau tidak
kerana terkadang itu aku terkentut tapi tak bau


Jadinya mungkin
selama ini aku hidup dalam jangkaan yang tak masuk akal dalam banyak perkara
sedangkan hal itu tak semestinya benar
tak semestinya langkah besar memberi kesan besar
dan tak semestinya langkah kecil memberi kesan kecil
kerana
aku sendiri alami
yang kecil itu telah memberi kesan besar dalam seluruh hidup ku


Untuk jadinya yang terakhir
Aku perlu memberi ruang pada fikiran ku untuk bergurau senda
dan
berfikir ringan dan tidak terlalu terperinci
Iya
baru ku sedar saat ini. 6.58 petang 8 Jun 2011.
bahawasanya aku ini
selama ini
seorang yang terlalu mahu kan kesempurnaan yang tak masuk akal
kesempurnaan yang belum pasti menjadi
dan
 kesempurnaan yang terlupa akan risiko lain yang mampu menyinggah
renyaian hujan hiba dan duka yang mampu melumpuhkan misi jangkaan aku


Sesungguhnya baru ku faham
siapa aku hari ini
aku sayangkan diri aku.
dan 
aku mahu mengubah diri ku menjadi lebih baik
meski aku tak tahu apa akan jadi 5 minit selepas ni, mahupun esok- esoknya.
Doakan kejayaan aku.
Bagi ku kejayaan dalam diri lebih elok dari mencapai kejayaan di mata orang lain.


Okey. selamat.hehe









No comments:

Pengkongi SECRET