Sunday, June 05, 2011

Bukan 'Artis' Malaysia .M.E.N.C.A.R.I. T.E.N.A.N.G.



Senyum panjang.  =)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog Secret yang tak seberapa ni.
huhu

Hari ni, happy gila. huhu
Sebab, Secret ter- nyanyi dengan spontan dan memang nak rakam pun. huhu Sebab secret ni jenis dapat idea on the spot. kalau soh nyanyi balik. secret lupa. huhu Jadinya, berikut adalah lirik lagu yang berjaya Secret terhegeh- hegeh salin sambil replay lagu yang secret dah rakam tadi.

Alhamdulillah 
Best.
secret puji diri sendiri.hehe
Sebab, akhirnya terluah. Lirik. keluar spontan dari mulut. tu yang ada yang sangkut- sangkut sebab dok pikir ayat seterusnya. Bila dah siap rakam, dengar balik semula. Salin lirik semua. Baru secret faham. Rupanya itulah apa yang Secret pendamkan selama ni. Ya. memang benar.

Lagu ni,
Tak ditujukan buat siapa- siapa.
Secret nyanyi untuk diri sendiri.
Tapi tak salahkan kongsi. 

Entahlah. kalian layanlah dulu lirik ni ek. lagu nya nanti- nanti. Secret nak video kan. supaya leh masuk youtube. senang skit. leh paparkan lirik sekali.

secret bagi warning dulu ek. 
secret takde suara. Secret bukan nak menyanyi betul2. sekadar mendendang lagu untuk diri sendiri. lagu pujuk diri kot. apa- apa jelah. haha 

ok. selamat semua.
Berikut lirik lagu secret. Tajuknya MENCARI TENANG. =)
Kalau suka, senyum. 
kalau tak suka, sila komen ya. bagi ayat pedas skit ke.huhu

Tekan READ MORE untuk lirik rahsia SECRET.


Mencari Tenang oleh Secret


Terkadang aku
Terhenti bicara
Termenung sendiri tanpa kata

Menjerit hati tanpa suara
Menangis aku tiada hentinya
Aku mahu berlari
Mengejar impi
Ternyata aku tak kuat berlari

Di sini aku berdiri
Terhenti
Memerhati
Terdiam aku sendiri
Nangis lagi di dalam hati

Di mana harus ku mencari
Mencari sesuatu yang tak pasti
Rasa kosong jiwa ku
Ku tak mahu berlari lagi

Aku di sini
Memerhati diri
Terhenti
Menyendiri
Menangis lagi
Itulah yang kulakukan

Mengapakah
Siapakah aku dalam diri
Masih mencari

Aku menangis lagi
Aku masih mencari erti diri ini

Ku tahu
Bukan ku tak tahu
Ku tahu siapa pun yang mungkin mengenal hatiku

Ku punya tuhan yang sering berada di sisi ku
Memerhati
Menemani hati sepi ini
Ku menangis lagi
Bukan ku tak mengerti
Tapi ku masih mencari di mana DIA
Kerna ku ingin temui DIA

Tuhan ku
Temani aku
Tiap malamku
Ku menangis
KAU lah jiwa ku
Kau teman ku yang tak mungkin kau khianati
Kepada MU tempat ku menangis

Aku tenang




No comments:

Pengkongi SECRET