Saturday, June 04, 2011

Apa aku faham. Aku C.A.N.T.I.K.



Hari ini
adalah aku yang begini.
yang pasti lebih baik dari tahun- tahun dahulu

Ya
Aku bersyukur kerana aku terbaik pada hari ni
Ya
Aku sedang berbicara tentang diri aku
Pencapaian terhebat dalam hidup ku
dalam perjalanan hari- hari dalam hidup ku
Ya
Hanya berbicara sekitar lingkungan kehidupan diri ku sahaja
Maka
Aku merasakan aku terbaik pada hari ni

Namun,

Aku bukan lah orang jahil teramat
Aku hari ini bukan aku muncul sekelip mata
Ya
Seperti memasuki bangunan- bangunan tinggi
Meski tidak menaiki tangga
Atau mungkin menggunakan lift
Proses pertama ialah mendaki dari satu tingkat ke satu tingkat menuju tingkatan yang tinggi

Walau cepat
Masa juga diambil
dan
bukan sekelip mata

Andai menaiki lift
Untung sabut, sampai lah ke tingkatan yang dikehendaki
Untung batu, lift rosak, siapa tahu.

Aku tak mahu berbicara tentang lift lagi
Kerana lift itu bukan jalan ku untuk sampai ke hari ni

Ya
Aku sedang berbicara hanya dalam lingkungan kehidupan ku
Buang jauh- jauh perasaan buruk sangka kalian

Kalian sedang membaca dan memegang watak aku dalam ini
Kalian kena memahami cerita ini

Ya
masing- masing punya cerita
tapi kali ini
Kalian sedang memegang watak ku saat dibaca cerita ini

Tak pernah kita minta
Tak pernah kita mimpi
untuk hari ini
tak pernah tercatit mana dalam ruangan buku Agenda tahunan mahupun harian
Tiada
Tiada dikata aku kuat hari ni
Tiada dikata aku penuh parut
Tidak pernah pula aku rancang untuk dilukai
Tidak

Tapi
Alhamdulillah
Aku bersyukur
Parut- parut itulah yang membuatkan aku kuat
Ibarat vitamin- vitamin yang disuntik di muka untuk lebih cantik
Tindak balas yang diberikan oleh tubuh ku bagus
Meski awalnya dicucuk penuh satu muka
Ya
Cantik

Itulah aku hari ini
Aku tidak cantik di kalangan manusia lain
tapi aku cantik di dalam hari- hari ku.
Kekebalan hati
Kekerasan hati
Membuatkan aku cantik
dan
Membuatkan aku kuat untuk pertahankan kecantikanku
Aku cantik
Hanya di ruangan lingkungan kehidupan aku sehari- hari
Aku gembira

















No comments:

Pengkongi SECRET