Bercakap dengan Tuhan
Kata-kata mula terukir di saat celiknya mata,
Bersendirian terkebil- kebil memandang siling,
Seperti biasa akan berlaku sesi perbualan dari hati ke hati antara aku dengan Tuhan,
Ya, Tuhan aku satu je. Tuhan kepada agama Islam. Allah.
Dia je tempat aku mengadu yang menjalankan sistem telus transparent yang mana tak memerlukan duit bawah meja, pujian membodek dan yang pasti Dia tak kisah kalau pun aku ni yang tak seberapa ni untuk berbicara dengan Dia yang Agong kekuasaan. Pujian buat Nya. Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ila ha Illah.
Aku sanjung Dia sahaja. Aku sayang Dia sangat- sangat. Sebab Dia terima aku seadanya, Dia sentiasa ada bila aku perlukan Dia, Dan aku sentiasa terasa akan kehadiran Nya meski ketika aku tidak terlalu terdesak memerlukannya.
Iya.
Dia sentiasa ada. Menjadi teman bual bicara kepadaku tidak kira waktu.
Dia ada.
Dia tak pernah berkira. Tiada siapa boleh persoal kecintaan aku pada Dia.
Dia untuk aku. Di saat aku susah, Yang aku harapkan sangat- sangat hanyalah manusia biasa.
Jadi adalah menjadi kesalahan aku kiranya aku mewujudkan rasa kecewa bila mana si sang manusia tak mampu membantu aku bila aku sangat memerlukan. Yang pasti. Dia ada. Tak kira di mana. Akhirnya aku menetapkan satu perkara. Kepercayaan ku kepada Nya takkan goyah. Meski kesusahan melanda, aku anggap ianya dugaan dari Nya buat aku. Bagi menguji kecintaan aku pada Nya. Aku rela terima cabaran itu. Sebab aku tahu Dia juga mahukan balasan / respon dari aku. Uji cinta. Sungguh dalam dan sukar untuk aku mengurai perasaan ini. Tapi ingin aku katakan sekali lagi. Aku cinta Dia. Sedang aku bercerita tentang Dia di saat ini, aku dapat rasakan Dia ada. Dia mendengar kata- kata hati ku meski di bilik ini sunyi sepi. Aku tahu Dia mendengar.
Zalim pada diri sendiri
Aku tahu, menjadi silap aku bila mana aku masih memikirkan sesuatu yang merungsingkan di pagi 1 Syawal. Bukan aku ini terlalu malaikat untuk tidak berperasaan tapi aku terlalu terfikir hal yang lalu. Yang telah mana membawa perasaan aku itu di kesemua lokasi ziarah Syawal. Ya Ampon. Wahai tuan- tuan rumah. Aku mohon ampon. Aku terlalu terbawa- bawa emosi. Bukan aku tak mampu kawal. tapi bagaimana aku boleh ketawa riang seperti kalian bila mana hati ku ini bagai di sebat belati pantas. sepantas 1saat untuk 1pukulan belati. Bagaimana aku boleh tahan? Aku bual bicara dengan Tuhan. dan akhirnya aku berkeputusan untuk lepak di luar rumah. Amik angin. Mencari ketenangan. Adalah lebih baik begitu kerana tidak lah terlalu terpampang muka emo ku itu.
Sungguh tak baik kan begitu. ya. Aku terbawa- bawa perasaan itu. dan aku mohon ampon kepada kalian semua kerana bagi aku Syawal ni bukanlah tempoh untuk aku bergembira sakan. Bagaimana pendapat kalian bila aku katakan di malam raya iaitu malam tadi, aku masih terfikir untuk bersahur di pagi 1 Syawal. Terasa sungguh. Mungkin aku akan buat Puasa Enam kot. Sebab. Sungguh, aku tak rasa apa sekarang ni. Terasa diri ku perlu seperti biasa di ketika aku berpuasa di bulan Ramadhan lalu. Ah. Barulah aku faham maksud kebanyakan orang yang mengatakan rindu dan sayang bila bulan Ramadhan berlalu pergi. Serius. Mata aku dah berkaca ni. Memang rindu sangat puasa yang semalam. Sayu rasanya.
Pujian Ikhlas
Aku sungguh terasa. Bahagia. Seharian aku ter-emo. Sayu sentiasa berbicara dengan Tuhan tanpa henti. Akhirnya sesi ziarah rumah terakhir berakhir. Bersalam semua dan tak diduga. Anak Sepupu ku,sekolah menengah. Besar tinggi dah dia. Yang pasti beliau katakan kepada ku di saat aku masih beremosi, "Kak Secret makin cantik lah..." bersaksikan adik bongsu ku. Aku terkesima , dalam hati berkata "ALLAH IS MY GOD". haha ko ni mengarut betul. Aku rasa aku makin tak terurus adalah. Bedak muka ala kadar je. Beg mata toksah cakap lah. Menggelikan. haha Adik..adik.. terima kasih. huhu... muka ikhlas gila. comel. segan pulak aku.hoho.. Di waktu yang sama, adik bongsu ku terjatuh rahang sambil memandang tepat ke anak mata ku di saat anak sepupunya memuji kakaknya. Sungguh, aku tak tau apa perasaan adikku. Mungkin bengang kot. Tak tahu lah. Maafkan along nye adikku. Tidak pernah ku pinta dipuji. Tapi kesian ar. serius. ni bukan kali pertama. Apalah perasaan adikku ye bila menjadi saksi adegan- adegan yang bisa meloyakan tekak masing- masing. huhu. no komen.
Yang pasti. haha
Hati ku terhibur. Serta merta senyuman terukir ku sehingga ke telinga. Muahaha Aku terkhayal kejap. Ya ampon. huhu Sempat juga berburuk sangka terhadap anak sepupu ku bila mana hati ku berkata "ke budak ni nak duit raya?" haha jahat gila aku. huhu. She made my day. Thank you. huhu Laki aku pun tak pernah nak puji aku. Dia kata aku hodoh ada lah. Tapi aku tak kisah. Sebab seingat aku, beliau terpaksa bersaing dengan empat (4) rakan sekerjanya untuk mendapatkan aku. Tapi entah macammana aku tersangkut pulak dengan peserta terakhir ni. hehe Dah lah ye. Aku malas nak cite- cite gini.
Malu aku jadi nya. huhu...
kan dah angau balik. ish.... haha. Adakah sangat kejam bila mana aku membuat permintaan hebat kepada beliau. "Saya nak baju yang awak pakai masa kita mula- mula kenal." huhu. yeah. I have it. T-shirt merah. Tertera tulisan "GUN PLAY" dan beserta gambar sepucuk pistol. =) Aku rasakan tak perlu kot untuk kalian tertanya dan terkejut. Sememangnya kalian kenal siapa aku dari blog nosecretanyway ni. Kalau wanita lain, aku tak pastilah. Ya. Aku kearah itu. Yang mana, sekiranya mana ada insan diluar sana berwajah skema, ala- ala poyo. Aku mohon maaf. meski aku menilai hati budi orang lebih utama, tapi malang aku tak kurang berkeyakinan dengan wajah yang aku katakan tadi. hehe
Kalau kalian pernah menonton Drama bersiri JUVANA. dan pemegang watak BOTAK. itulah jawapannya. Aku suka botak lebih dari Daim. Bukan rupa aku suka meski dia punya rupa yang jantan. Tetapi sungguh aku tertawan dengan sifat beliau, ke- kerasan hatinya, ketepatan hati dalam menetapkan keputusan, keyakinan tanpa batasan, percaya diri yang kekal. dan itu lah yang aku maksudkan dengan "Terserlah kejantanan beliau dan thats make him SO SEXY" . Aiyo. aku mohon ampon ye. ye. Mr. R tu sexy la. hehehe nak senyum panjang lah. huhu
Penutup
- ASSALAMUALAIKUM
- Aku tersenyum
- Terima kasih, Allah. Ilebiu... Muah3.
- Terima kasih kepada kalian semua kerana sudi singgah ke blog Secret yang tak seberapa ini.
- Peace. Aku tak solat Isyak lagi. Bye.
- Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment