Monday, August 29, 2011

Diriku COMEL tanpa make up

Secret, 2005

=)
sebenarnya nak buat tajuk ni, "TERASA DIRIKU BEGITU COMEL" tapi macam 'EWWWW'. huhu

Ya
Kalau nak dikenang kembali saat- saat itu, serius aku boleh angau sorang- sorang dan guling- guling atas katil seharian. huhu 
Iya... I tak tipu. huhu

Mungkin kalian tidak tahu akan fakta ini, ia mungkin memeranjatkan kalian atau mungkin lebih tepat lagi, terkeluar semua biskut raya termasuk almond london yang kalian tengah kunyah.

Ya. Topik hari ni, saya libatkan dua jantina utama di peringkat global. Tidak termasuk golongan transgender, golongan yang transgender palsu dan juga golongan wanita yang menyerupai lelaki.

Iya. Ianya melibatkan soal dari mata jatuh ke hati.


Secret mulakan bicara dengan pandangan saya tentang lelaki. Lelaki yang mana menganggap wanita- wanita secomel Nora Danish dan  Neelofa sebagai gadis Idaman di hati mereka. Kalau mungkin tidak dapat Nora Danish mahupun Neelofa, MUNGKIN gadis- gadis biasa di luar sana yang rupa seakan- akan mereka pasti menjadi pilihan utama. Oh ini pandangan saya sahaja. dan secara peribadi, Secret tak faham kenapa lelaki menganggap Liyana Jasmay comel. Sedangkan bagi mata Secret, bibir juih nya itu tak setanding Amber Chia untuk dipuji- puji.

Oh ya, baru- baru ni, Secret baru sahaja khatam menelaah kitab youtube tentang Transformation  made by make up. Serius. memang 'awesome'. Seeloknya Secret  kongsikan satu video yang Secret maksudkan.



=)
Lain orang, lain cara penampilan masing- masing. 
Iya
Itu satu kenyataan yang tak boleh disangkal. Secret memang suka bermain dengan make up. Bagi diri Secret yang suka bermain warna dan lukisan, make up menjadi satu hobi. Cuma kemahiran je kurang. Itu secret akui.Tak mampu la nak cari 'side income' sebagai juru make up pengantin. huhu 

Jika kalian sudah menonton video yang Secret selitkan di atas, kalian pasti dan pasti berkata "woah", "ewww" "tipah tertipu" dan sebagainya. 

Bagi kebanyakan wanita, diri dan make up, tiada siapa mampu pisahkan. Nak keluar rumah, bedak muka, lipstik, celak mesti kena lekat di muka. ya mesti.

tapi malang sungguh sejak Secret putus cinta dengan si M, segalanya berubah. seperti kalian lihat dari video, penampilan yang ditunjukkan adalah pertukaran rupa dari SEBELUM --> SELEPAS. 

Namun, adakah kalian ketahui bahawasanya, situasi secret jauh berbeza, ya menggunakan penunjuk gambar video di atas, rupa dan penampilan Secret, terbalik. rupa SELEPAS menjadi SEBELUM untuk Secret kini. 

Iya
Secret tak tipu. 2008 menjadi tahun yang %^$^&%&% . 
Iya
Ayat mudahnya. Ringkas dan padat.
"apa guna aku cantik selama ni untuk lelaki. keluar rumah, lip gloss tu memang sentiasa lekat di bibirku. mata bundar, dicelak pula. tapi last- last putus jugak. cam.....watever"


ok. sejak dari itu,
berlaku beberapa perubahan fasa dalam diri Secret.
yang mana, istilah tepat BEAUTY BECAME THE BEAST.
Hilang semua keyakinan aku pada kecantikan. Ada sesetengah  terlalu taksub dengan kecantikan menyatakan bahawa kecantikan itu penting untuk menarik pasangan. Jawapan Secret kini ialah "OH SH*T!"


Tapi Secret pun salah juga, sebab Secret juga terpengaruh dengan stigma itu. ok.pendek cerita,
walau putus cinta itu tidak membawa kepada aktiviti Stress, murung mengubah pandangan Secret terhadap kecantikan (make up).

Oh yeah. nak bagi perumpamaan secret  tak pandai. tapi begini lah ayat mudah nya. Jujur, ikhlas dan tak tipu. dan ianya fakta yang Secret mahu beritahu di awal tadi.

SEJAK DARI PUTUS CINTA ITU.... HAMPIR DUA (2) TAHUN, SECRET TAK BEDAK MUKA (COMPACT POWDER, BEDAK DETTOL MAHUPUN BEDAK BABY JOHNSON). MAKE UP JAUH SEKALI LA. KECUALI TIME RAYA DAN KENDURI. TU PUN ALA KADAR.
SILA BAYANGKAN. OH. TAK PERLU. LIHAT BALIK LA GAMBAR DALAM VIDEO DI ATAS.

pasti terkeluar dari mulut kalian yang satu ni . terutama wanita

"Serius Shit!! Tak pakai bedak langsung for two years??? Bukan da rupa macam orang gila ker?"

Ya... kalau standard gadis2 diluar sana, kalau tak make up, paling koman pakai foundation atau bedak compact right? haha 

Ya, 
Muka saya bebas dari sebarang habuk bedak .dan menjadi habit Secret membasuh muka. Bagi segar skit muka meski Secret tahu bila kiranya terlalu kerap membasuh/membasahkan muka, kulit muka akan menjadi kering. =) 

Iya, I did it for the whole 2 years. Cuba kalian bayangkan wajah Secret bagaimana???

Memang. Memang jelas dan terang dan betapa kerasnya hati Secret, bukan? Sampai begitu sekali. dan Secret memang begini sehingga kini.

Namun segalanya berubah apabila kehadiran si R dalam hidup Secret.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Apakah yang telah berlaku pada Secret selepas menemui si R? dan apa yang si R lakukan terhadap secret sehingga perubahan besar telah berlaku dalam kehidupun Secret? 

Nantikan sambungannya pada entri akan datang. Salam sayang dari Secret untuk kalian semua.






No comments:

Pengkongi SECRET