Monday, May 23, 2011

DOA Mohon M.U.R.A.H. R.E.Z.E.K.I



** Note: Sumber rujukan doa : Ruqyah Asas Pengubatan Islam beserta Surah Yasin, Rangkaian Zikir, dan Doa- doa Mustajab. 2010. Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din.

Secret bukanlah orang yang beruntung sangat ataupun rezekinya selalu mendatang mencurah. Biasa- biasa je. Tapi, Secret selalu baca doa ni, semoga, Allah beri rezeki pada Secret. Tak besar, kecik pun takpe rezeki tu, asalkan halal. Berikut adalah doa yang secret amalkan tiap kali lepas solat. Nasihat yang selalu secret mention kan selalu ialah, 

Kena yakin sepenuh hati yang Allah (Tuhan) tu Maha Berkuasa, DIA MAMPU NAK BUAT APA PUN, Terpulang pada DIA nak bagi kita rezeki sedikit ke banyak ke. Tu semua, HAK DIA.

Kita ni siapa je. Tahap hamba @ slave. Kalau nak bagi contoh extreme, ibarat kata, kita ni pandang rendah pada sesiapa yang pegang jawatan orang gaji @ maid. Hah, kita semua ni pangkat lagi rendah daripada orang gaji @ maid. Fikir- fikirkanlah. Maka siapa lah kita kan. Jadinya, jangan berhenti berharap dan selalu ingat bahawa benda baik takkan datang dengan mudah. Allah (Tuhan) pun ada cara dia nak test kita semua, ye tak? Macam pertandingan, ada Liga semua, ada term and condition, agak- agak kalau kita tak buat apa yang dinyatakan dalam syarat2 tu, ingat boleh menang senang2 ker?

Tu ayat mudah secret lah. Ditujukan khas buat kalian yang jenis suka fikir ikot logik. Tulah antara contohnya lah yang secret boleh bagi.

Berikut adalah DOA MOHON MURAH REZEKI
( 3 bahagian)


*****
Ya Allah, bukalah bagi kami 
pintu- pintu KEBAIKAN,
pintu- pintu NIKMAT,
pintu- pintu REZEKI,
pintu- pintu RAHMAT,
pintu- pintu KEBERKATAN,
pintu- pintu KESELAMATAN,
pintu- pintu AFIAT,
pintu- pintu KESEJAHTERAAN,
pintu- pintu SYURGA,

Ya Karim dengan rahmat Engkau Ya Allah 
wahai yang paling mengasihani daripada
 segala mengasihani

*****

Wahai Allah  
yang MAHA KAYA,
yang MAHA TERPUJI,
yang MAHA MENZAHIRKAN MAKHLUK-NYA,
yang MAHA MENGEMBALIKAN,
yang MAHA PENGASIH,
yang MAHA MENCINTAI ORANG- ORANG BERIMAN,
yang MEMILIKI ARASH YANG AGONG,
yang MAHA MELAKSANAKAN APA YANG DIKEHENDAKI,

Cukuplah bagi kami dengan yang HALAL dari yang haram,
KETAATAN dari kemaksiatan,
KURNIAN-MU dari selain dari-MU

*****

Ya Allah, jika sekiranya rezeki kami berada :
di Langit, maka TURUNKAH kepada kami
di dalam bumi, maka KELUARKANLAH kepada kami
di laut, maka NAIKKANLAH kepada kami
jauh, maka DEKATKANLAH kepada kami
dekat, maka PERMUDAHKANLAH kepada kami
jika sedikit, maka PERBANYAKKANLAH untuk kami
jika banyak, maka PERMUDAHKANLAH untuk kami
juga BERILAH KAMI KEBERKATAN terhadap rezeki tersebut

dan
Berilah rezeki kepada kami seperti KAMI JANGKA DAN TIDAK KAMI JANGKA
dengan
Rezeki yang HALAL dan BAIK
serta
banyak lagi DIBERKATI SEHINGGAKAN TIDAK ADA SEORANG DARI KALANGAN HAMBA- MU KAMI PERLUKAN DARIPADANYA.

dan
jadikanlah kedua tangan kami ini SELALU BERADA DI ATAS 
dengan
SUKA MEMBERI DAN MENDERMA

dan 
JANGAN jadikan
kedua tangan kami ini BERADA DI BAWAH,
dengan
SUKA MEMINTA- MINTA.

Sesungguhnya 
ENGKAU AMAT BERKUASA KE ATAS SETIAP SESUATU.

*****

Selamat mencuba. Masa secret sekolah dulu, ustaz- ustazah pernah bagi tau. Allah sukakan hamba- Nya yang istiqamah.
Maksudnya, kalaupun doa yang kita baca tu pendek. tapi kita amalkan hari- hari secara konsisten, ADALAH LEBIH BAIK daripada doa yang panjang menjela tapi kita baca kadang- kadang je.

Sampai sekarang Secret ingat pesan Ustaz, ustazah Secret masa sekolah tu.
Secret mintak maaf banyak- banyak andai kata ada yang tersilap ya. Harap maklum, secret bukanlah ustaz ustazah. Secret hanyalah sekadar hamba Allah yang merasakan perlu untuk berkongsi ilmu dan maklumat yang ada andai kata itu baik untuk semua.

hehe. selamat mencuba. Assalamualaikum
Ingat tau. Kalau Doa je tapi tak usaha langsung atau usaha lebih kurang je,
Ibarat ada orang nak mintak tolong kat kitalah, kalau orang tu macam tak bersungguh, ada ker kita- kita ni nak beriya sangat tolong orang?. Gitu lah
Sama- samalah kita beringat.
Secret ni biasa- biasa je.
Takde lebih ape pun. Kurang ada lah.
ok lah. =)


1 comment:

Masnun Tholab said...

Yaa Allah,Yaa Rahman, Yaa Rahiim,Yaa Robbal 'aalamiin, limpahkanlah berkah, Rahmat, danRizki yg melimpah kpd kami sekeluarga. Selamatkanlah kami dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Pengkongi SECRET