Bila terdiam lama,
Membisu tak mahu melihat,
Menyibukkan diri.
Tapi dalam hati tersimpan sesuatu.
Akhirnya aku akui aku rindu
Ya rindu
Rindu atau lebih tepat sekali 'angau'
Angau pada kekaguman sesuatu
Ianya sebentar seketika
Tapi mengapa ku mampu ingat dalam tempoh yang lama
Mungkinkah aku jatuh cinta?
Duduk gelisah
Masa menjadi sangat terganggu buatku
Bukan penakot tapi
itu lebih baik
Aku bukan sesiapa
tapi mengapa aku rindu?
Aku benci.
Ya aku benci kenapa aku begini?
Adakah aku sedang memperbodoh diri?
Mampukah aku bertahan melawan masa
Masa yang begitu menekan aku
Akhirnya kata
Aku tak tahu apa aku mahu
Tapi aku benci melihat peti masuk fb ku dan email, kosong (0)
Arghh...
Apa harus aku lakukan?
Jatuh Cinta lagi?
Rasa diri ini memang tak guna.
Hatiku keras
Tapi terlalu rapuh bila sampai waktu
Ya, aku tidak kagum pada rupa
Tapi mengapa ciptaan Kau terlalu indah?
Ya Indah
Bukan indah dimata ku
Tapi aku terlalu mudah kagum pada sesuatu yang tidak dilihat mata orang lain.
Ya Allah
Berikanlah kekuatan dalam diri ini untuk membuang jauh rasa rindu ku kepada selain Mu.
Amponkan aku.
Andai benar jodoh ku dengan dia
Kau tunjukkanlah jalan ke arah itu.
Aku terlalu cemas berada dalam fasa ini.
Astagfirullah hal azim.
Jauhilah syaitan dalam hidup ku.
Berikanlah jawapan Mu kepadaku
Aku rindu dia kerana Mu atau
Syaitan yang menyamar dia agar aku merasa rindu?
Sesungguhnya
Jantung ku berdegup pantas
Minda ku sentiasa ternampak dia
Cukuplah
Hentikanlah rasa aku ini
Mengapa harusku jatuh cinta lagi?
Aku tak mahu tapi aku kelihatan seperti sedang menunggu dia
No comments:
Post a Comment