Wednesday, April 20, 2011

SAJAK/POEM : Kesilapan yang diulang



Kesilapan yang diulang
oleh secret

Sudah diberitahu jangan
Sudah diulang jangan
Sekarang sendiri tanggung

Kesilapan yang diulang
Mengapa dilakukan
Jika tahu akhirnya sakit kepala bila selesai menangis



Sudah diberitahu
Sudah diingatkan
Mengapa engkau google nama dia?
Kerana engkau bukan kawan dia
di Facebook

Sudah engkau tahu akibatnya
Mengapa diulang
Sudah kau tahu dia berpunya
Sudah kau tahu isteri dia berbadan dua
3 bulan berminggu dua

Kini kau puas
Mungkin dulu pada bulan november
Tersenyum sendiri ketawa sendiri
Membaca status di dinding
'Bukan rezeki lagi'
Helai tawa memenuhi ruang udara bilik

Sudah diberitahu
Jangan diulang
Kan sudah menangis lagi

Kini kau tanya kenapa?
Mengapa foto-foto album mereka penuh warna keriangan?
Kenapa manis senyuman mereka?
Kenapa foto-foto berpelukan merata

Sudah kau maklum
Kau bukan miliknya
Bukan sekali isterinya
Sudahnya mengapa kau ulangi lagi

Mungkinkah kerana kau cemburu?
Mengapa engkau tidak seperti isterinya?
Ataupun mungkin ayat sebetulnya
Mengapa dulu dia tidak melayanku sebegitu?
Mungkin kejam pada ku
Mungkin tidak pada kalian

Masakan tidak kejam pada mataku
Pernah dulu ku dijemput bertemu di bandar
Disuruh aku bermalam di bilik rakan perempuannya
Indah dan gamat sekali
Punya rakan karib sebegitu baik
Melayan aku walau orang asing

Sebetulnya begini
Sehari tamat terjawab sudah
Bagai badot tercomel memperbodohkan diri
Bukan miliknya lagi tapi masih menagih
Mungkin ayat malu nya
Memungkinkan cinta berputik kembali

Hajat hati tak sampai
Akhirnya pulang membawa diri
Teka- teki tamat sudah
Akhirnya terjawab
Siapa aku,
Apa perlunya menjemput aku
Jika mahu sekadar ketawa berdahak-dahak
Diperhati pula rakan yang ramai

Apakah ini lakonan?
Aku harap jika masa diputar kembali
Mahu saja aku terima ia sebagai lakonan berbekal skrip
Tapi malang ia ialah realiti
Sakit pedih berbeku di hati
Rupa- rupanya bergitu teliti dan memeningkan teka- teki ini

Di biar di tepi jalan
Katanya mati si sang datuk di kampung
Mahu segera kerana papa sudah tunggu di jalan semarak
Andai masa mampu boleh diputarkembali
Akan ku desak ditinggalkan di tepi bangunan UMNO

Entah lah di mana datangnya
Lagak seperti sang pari-pari
Mau saja ditumpangkan
Tinggal sebentar di rumah
Agar menunggu matahari sembunyi tidak lama

Sang pari-pari lakonan
Berlakon dengan baik
Sehingga tak mampu diteka
Ditipu entah apa pada ayahnya
Dihantar pula aku pada malamnya

Mendaki merangkak dalam pengangkutan
Mahu terlolong aku di hati
Merintih perih
Hajat tak sampai
Hati dilembing

Pandai tak sudah
Bijak lakonan
Aku si badot dibuat mereka
Keikhlasan di sumpah bagai bola tak memasuki palang
Ditertawa kerana berjaya diperbodoh
Andai masa boleh diputar kembali
Tidak ku mahu tertumpas

Akhirnya kini
Kau berjaya dalam hidup
Di ketik sana
Di ketik sini
Sehingga melambak foto- foto yang bikin aku menangis

Oh engkau
Mengapa engkau
Mengapa aku jatuh pada engkau di ketika dahulu?
Yang mana kau dan kawan engkau memperbadotkan aku?
Dan kini si sang pari-pari lakonan sedang berbahagia
Berpenat lelah mengendong mesin persenyawaan benih engkau.

Sang pari-pari lakonan,
Adakah engkau pernah merasa
Mungkin tidak sekarang
Tapi terima kasih kepada arwah anak sulung kalian
Dia buat aku gembira walau seketika
Termakbul sudah doa kecil ku

Entahlah
Baru ku ingat
Baru ku tersedar
Baru ku baca beberapa hari lalu
Bukan di blog dakwah
tapi di blog hiburan semata
Bukan kata admin
tapi komen sang pengunjung
katanya mudah tapi perih untuk dibaca dan didengar dek telinga
walau tak sama bunyinya
tapi maksudnya ada seperti
"orang baik untuk orang baik dan begitu sebaliknya"

Adakah aku bodoh?
Menung panjang tak sudah
Habis titis air mata
Kepala mula memening

Sudah diberitahu
Sudah diulang jangan
Jangan diulang kelakuan sama
Sememangnya Tuhan itu adil dan saksama
Telah Dia tunjuk betapa cintaNya Dia pada kau
Syukurlah kerana sememangnya mereka sepadan
Walau bahagia mana pun mereka
Merekalah si sang pelakon- pelakon
Yang merobek, menghancurkan kan jiwa kasih kau
Cukup lah sampai di situ
Kau tak perlu lagi merindu,
jauh,
Mengingat mungkin.

Cukuplah
Memori indah milik mereka,
Yang pahit engkau yang punya
Yang penting mati sudah permata pertama
Aku puas

Mungkin itu rahmat bagiku
Kerana ia memori pahit pertama mereka
Di tengah kebahagiaan,
Di tengah kegelojohan meraih cinta bahagia
Di atas kesakitan aku menanggung seksa jiwa
Aku bahagia
Kerana di sebut sampai mati
Mungkin pada sanak saudara mereka
Bahawa jika di mata ada 6 anak
Tapi akan di akhiri dengan 'satu simpan'

Tuhan aku maha adil.
Walau dikata kejam pada ku
oleh sesiapa
Tapi itu rahmah bagiku
Kemenangan kekal Tuhan anugerahkan aku
Tapi memori pahit mereka sampai mati

Alhamdulillah.

























No comments:

Pengkongi SECRET