Wednesday, April 06, 2011

BAHASA Arab (intro)

Assalamualaikum. Peace be upon you.

Okey. First sekali secret nak cakap, secret pernah belajar bahasa Arab. Masa sekolah agama di bawah pentadbiran kerajaan negeri Johor. Time secret kanak- kanak riang dulu, J- QAF belum diperkenalkan lagi.


Bahasa Arab
Nak kata mahir, TIDAK. Nak kata Fasih, TIDAK. Tapi kalau baca al-Quran tu, adalah faham sikit- sikit satu dua perkataan dan boleh lah main teka-
teka betul tak maksud ayat al- Quran tu. (note: Secret baca al- Quran yang ada terjemahan bahasa Melayu. Terjemahan setiap 1 perkataan.Tu yang best. haha). Bagi secret, bahasa Arab ni SENANG tapi yang buat lecehnya bila masuk bab menghafal. Serius, siapa- siapa yang tiada penyakit mudah lupa. Insya-Allah boleh faham bahasa Arab dalam masa yang singkat je. (Secret mudah lupa. Tu yang susah tu. Kalian? Secret cemburu betul  nih!). Alamak. Terbuat pengakuan pula di sini.

Pendapat secret lah,belajar bahasa asing memang susah tapi ia akan jadi SENANG bila faktor sekeliling main peranan. Contoh, Bahasa Inggeris. Bahasa Asing kan. TAPI kita semua dah didedahkan sejak kita lahir lagi. Jangan poyo sangat lah. Tak ngaku konon. Tengok kartun SUPERMAN, BATMAN, BARNEYS & FRIEND, CINDERELLA, SNOW WHITE, DONALD DUCK, CHIP MUNK, KARTUN- KARTUN WALD DISNEY time kecik- kecik dulu tak ingat? (Dulu bukan macam sekarang, siap ade setting alih bahasa lagi.). Belajar ni, tak semestinya kena/mesti/wajib buka buku. Istilah sesuai disaat ini ialah PENDEDAHAN.

Secret mengaku, secret tak fasih berbahasa Inggeris. Setakat Broken English tu bolehlah. YES. NO. OK.KO. Apa yang secret nak sampaikan ialah situasi Broken English inilah membawa maksud, 'PALING TIDAK, KALIAN TAHU. DAN FAHAM BILA SESEORANG SEDANG BERCAKAP MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS. (Walaupun kadang- kadang terdengar orang bergosip@'mengumpat buat ketupat' speaking Omputih u... dan dalam hati pun berkata- kata 'OMG, dia mengumpat si polan bin si polan. Siot je. Depan mata, pijak semut pun tak mati.)

SO? nak belajar bahasa Arab? Boleh je. Secret alu- alukan. Takde hal lah. Cumanya kalu secret ada tersilap ke apa ke, diharap kalian perbetulkan ya.

Macam tulah. Harap kalian bolehlah faham lenggok bahasa secret ya. Gaya bahasa secret ni lain sikit (Aduan rakan-rakan). hahaha wateva. Saya bukan  orang Kay-el @KL. Hahaha. Okey, itu sahaja mukadimah untuk slot BAHASA. Ingat and keep this in your mind. I'm not an Arabian or Arabic Language Teacher. I'm just Secret that willing to share anything and feel free to share with my readers. Zaaasssss!!! Kurangkan kontroversi. Tingkatkan prestasi. hahaha. Renung- renungkan dan selamat beramal.

Sedikit triller untuk kalian. Sebelum mengusul segmen ape kata cikgu secret ni ye. haha. gud luck! bahasa Arab senang cuma kena ingat je. Siapa- siapa senang ingat benda- benda remeh dalam kehidupan, anda jaguh!






No comments:

Pengkongi SECRET