Secret ada ibu.
dan
Secret pasti, kalian juga punya ibu
ibu kandung, ibu angkat
hormatlah mereka.
walau siapa pun mereka.
secret tak mau cakap banyak
dan lupa juga, kepada pengunjung blog secret yang juga seorang ibu,
hormatilah ibu anda sebagaimana anda mahu anak-anak kalian
menghormati kalian.
Ustaz ustazah ada cakap masa secret sekolah dulu,
Anak kita akan hormat kita sepertimana
kita hormat kita pada ibu kita.
dan jika kita berlaku sebaliknya
maka usah bermimpi mahu mengharap
pada si anak menghormati kita.
What goes around, comes around.
Secret da wish Selamat Hari Ibu.
Secret banyak dah buat silap kat dia.
Secret seorang anak yang tak reti tunjuk perasaan secret
pada orang yang kita sayang (kesian kan)
kadang- kadang merajuk sendiri bila orang tak perasan.
huhu
takpe lah. secret berazam nak jadi
anak yang terbaik walapun kadang-kadang
rasa macam invisible je di antara adik beradik yang lain
huhu
mungkin ada hikmah nya.
kan Secret ada Allah.
DIA lebih tau hati perasaan secret
DIA tau secret sayang mak secret
Lagipun DIA kan yang bagi markah kat kita semua
UP TO HIM la kan.
Allah tu MAHA X-RAY HATI
=)
yang penting, secret cuba tak mau sakitkan
hati mak secret lagi.
entahlah. kan.
kadang-kadang
kita ni tak pernah cukup
nak lebih dari orang.
hmmmm
adik secret pernah cakap, ibu sayang Along lebih tau
takkan along tak nampak. ketara sangat.
Bila along takde kat umah, sikit-sikit cte pasal along.
Adik secret berkata meluah rasa
"Adik jeles. kalau apa- apa ibu ayah asyik
cte pasal along masa kecik. 1-pergi makan lada belakang umah.
sendiri petik sendiri makan. 2- Ibu ajarkan along sembahyang.
adik, takde. ibu tak ajar. adik belajar solat kat sekolah.
along tak nampak lagi ke ibu sayang along?
semuanya along"
tapi along membalas
"tapi along tengok, adik yang lebih...
nak tu,dapat, nak ni dapat.
along bukan tak nak mintak
tapi along kesian sangat pada ayah ibu.
Along tak reti mintak la,adik. hmmm"
OK. sampai di situ je. muka secret ni dah
mula bahang- bahang. mata pun dah lain macam
huhu
apa- apa pun
selamat.
kita manusia biasa je. tapi pesanan secret
untuk kalian.
Jangan cuba berhenti jadi yang terbaik.
kita semua bukan perfect.
kita akan buat silap
dan silap itu tak bermakna kita salah buat selamanya
kerana silap itu akan menyedarkan kita
dan mengajar kita tentang hidup.
sekian.
assalamualaikum dan
SELAMAT HARI IBU PADA KALIAN SEMUA.
No comments:
Post a Comment