Sunday, May 08, 2011

Keluar dari S.T.R.E.S.S


Secret bukanlah orang ilmiah untuk berkata-kata hebat. Tapi Secret MAMPU berkata- kata HEBAT dengan fakta-fakta yang terhasil dari PENGALAMAN SECRET SENDIRI. (cehwah ! haha... over siot). Tapi. itulah kenyataan nya. Kalau kalian tanya mengenai fakta ilmiah, mungkin secret boleh beri tapi secret takkan bagi jaminan 100% akan kebenarannya. 

KERANA bagi secret, adalah menjadi fakta bila sesuatu perkara itu telah terjadi pada batang hidung secret sendiri. So, kalau ayat pasar (kasar) nya, 

Kalau ko nak kelentong aku, ko tak mampu nak goreng lebih la wey. Niat ko nak kelentong aku tu, aku malas nak masok campo. Jangan ko kacau aku sudah. Tapi, aku bagi kebenaran lah. Tu pun kalau aku kacau/ terkacau idop ko tanpa aku sedar, pastu ko nak balas balik/kacau idop aku/balas dendam, aku redha. Tapi, kalau boleh, bagitau aku dulu lah apa kesalahan aku. kot-kot aku boleh bagi sebab musabab kenapa aku buat/ter-buat/ TER-GANGGU idop ko dan cuba betulkan keadaan dan izinkan aku mintak maaf kat ko dulu. =)


OK. Habis sudah mukadimah. hehe. Ampon...
Ok. Kita kembali semula kepada topik kita iaitu KELUAR DARI s.t.r.e.s.s.
Ya... es-Ti-aR-ei-es-es

Maksud stress? tak perlu dihuraikan lagi. Sebab selalunya kita akan rasa dulu, baru sibuk nak tau apa itu stress.

Ok. secret suka pulak tajuk ni. Keluar dari stress. Rasa macam dan sangat memberi inspirasi even to myself! Seperti NIKMAT bila sebut dan dengar ayat tu. Seperti dalam mukadimah, secret tak mampu nak bagi fakta ilmiah tapi secret mampu dan yakin untuk berkongsi apa yang secret rasa dan berikut menjelaskan segalanya.


1*Blogging 


Ya, hari ini, di saat ini, iaitu 7 Mei 2011, baru secret terperasan sesuatu. dan rasakan sesuatu. baru secret perasan hal ni. Hal secret stress memanjang berbulan-bulan akhir beralih. Bukanlah bermaksud secret sudah tidak fokus pada stress.  tapi jawapannya ialah



SECRET RUPANYA TERLEKA BER-BLOGGING DAN DOK 
SIBUK FIKIR ENTRY APA UNTUK HARI INI DAN ESOK- ESOK PUNYA 
ENTRY YANG AKAN SECRET PAPARKAN KAT 
BLOG NOSECRETANYWAY 
INI.
YELAH KAN, SEPERTI KALIAN SEMUA PERASAAN, 
BLOG SECRET NI LEBIH MEMFOKUSKAN
KEPADA ISU-ISU BAGAIMANA NAK BANGKIT 
DARI 
KEJATUHAN, KEKECEWAAN DALAM HIDUP YANG TERDALAM 
(maksud terdalam tu : kekecewaan paling hebat sampai nak tamatkan hayat sendiri. Kalian faham maksud secret. =))
JADINYA
MUNGKIN SEBAB DOK MEMIKIR 
PULIH SEMANGAT KAWAN-KAWAN YANG LAIN, 
AKHIRNYA SECRET
TERLEKA DARI MEMIKIRKAN STRESS 
SECRET.


Terima kasih semua, semua dan sesiapa yang sememangnya TERNIAT, TAK TERNIAT, TER-KLIK TANPA SENGAJA pada mana link atau ter-key in kata kunci yang membawa kalian ke blog secret ni. =)
Syukur Alhamdulillah. Terim kasih kalian. Macam kelakar kan, jawapan secret bagi/beri. TERLEKA BERBLOGGING dan terlupa untuk fokus pada stress.



2*Mengadu pada Tuhan
(ayat kasarnya : MEREPORT.Sebutan: Me-Ray-Pot)




Secret pernah stress (ayat poyo sebab tak nak bagi kejutan mengejut sangat untuk ayat pendahuluan.haha). Oh yeah. Stress yang membawa kepada K.E.M.A.T.I.A.N. . What do you think? 

"Mungkin kita pernah buat silap, kita leka, kita tak TER fikir pada DIA pada waktu itu (waktu stress atau mengagau tahap serius), jadi akhirnya, baru kita sedar ter-fikir akan DIA.

 Bila, Kita rasakan, orang yang kita harap sangat memberi kebahagiaan, ketenangan tidak seperti kita berangan-angan kan. atau adakah kita ni over confident? atau kita ter-lupa bahawasanya mereka juga insan, manusia biasa, yang juga ada life, boleh melakukan kesilapan, seperti kita juga. Ya, INSAN BIASA. Kita lupa. 


Jadinya, bila ada waktu ketika, kita sendiri, berbicara/ bercakap sorang- sorang
di dalam hati (Mengeluh,merungut tanpa bunyi. tapi kita boleh dengar suara kita sendir.
(Kalian faham maksud saya tu) . Kita akan dok merungut tanpa henti sampai penat, sampai kita terdiam sendiri. sampai kadang-kadang kalian akan rasa dan terpacul dari mulut mengatakan ini "Boring betollah, Bosan. tension aku!" dan akan sampai satu tahap BOSAN TAHAP TERTINGGI, kalian akan jadi malas. sehingga rasa boring dan tak buat apa, just baca surah-surah simple. 3 kul ke. surah apa2. yang pada masa itu, konon-kononnya anda dah tak berharap apa-apa dari siapa- siapa. nak diibaratkan, anda single dan anda takde hati nak  mengorat dan dingorat oleh sapa-sapa. perasaan masa tu neautral atau ayat secret guna TAKDE PERASAAN dalam apa jua situasi. Ya. Pada masa itulah, secret ter-cakap

"Malas lah aku! Penat tau tak!.......... 
Ya Allah (Tuhan secret), kenapa la ngan aku ni. 
Kenapa?!!! Kenapa ya???  
Mengharap bahagia dan tenang dari kekasih hati....
 sayang.
tapi kenapa mesti ada rasa macam ni?
 (kurang tenang).

 Aku ada family jugak. Aku sayang family aku 
jugak. Diorang sayang aku jugak. 
tapi apa aku harap sangat, tak dapat
 jugak(tak tenang jugak). 

Kenapa mesti macam ni? 
kenapa bila kita sayang 2 pihak (kekasih , family),
 rasa macam ni jugak? 
Kenapa? Kenapa tak tenang jugak? hmmm...... "

(SECRET DOK MEMBEBEL JE.... TANPA BUNYI. TAPI SECRET BOLEH DENGAR SUARA SENDIRI. )

Berhari- hari macam tu lah... dan akhirnya 
baru Secret perasan, rupanya
 Secret membebel tu, dan sebenarnya, Secret dok 
membebel dan dok merungut dengan Tuhan. 

Untuk pengetahuan, Secret anggap Tuhan,
 macam kawan secret sendiri. DIA dok mendengar 
apa yang Secret dok membebel sorang diri. 
DAN akhirnya, secret baru perasan, 
secret ada kawan yang sanggop dengar bebelan
 dan rungutan , keluhan secret dan DIA  sanggop dengar
 semua bebelan, rungutan segala tanpa rasa bosan. dan 

Secret RASA AKAN KEHADIRAN DIA. 

Dan DIA Ada sedang mendengar segala- galanya 
yang Secret cakap sorang- sorang tanpa bunyi tapi
 secret leh dengar suara secret.
 DIA- lah kawan Secret paling setia 
dan tak pernah komplen pada secret atau 
DIA tak pernah kata bosan pada secret. 

Akhirnya Secret tenang sendiri... Tenang kerana ada
 teman berbicara..
 tenang kerana ada yang sudi dengar rintih hati secret. 

DIA lah yang Secret cinta kerana DIA lah yang
 memberi segalahnya tanpa berbelah bagi dan tak 
pernah merungut pada kekurangan 
diri Secret walaupun Secret dah macam- macam 
sakitkan hati DIA. 

DIA sepatutnya benci secret 

tapi DIA tetap ada di sisi Secret walaupun Secret dah buat macam- macam kat DIA. 
Terima kasih ALLAH S.W.T. KAU tuhan ku.
 Kaulah segala- galanya bagi ku kini. 
Kau lah mampu memberi ketenangan yang aku cari yang
 selama ini aku tak jumpa. Mungkin silap aku jugak. 

sebab aku terlalu menaruh harapan tinggi kepada insan-insan
 yang aku cintai. dan aku terlupa bahawa 
mereka juga manusia seperti aku, 
mampu melakukan kesalahan.
 siapalah aku nak hukum mereka. sedang aku tidak sempurna. 

Terima kasih Tuhan, kerana menemani aku di saat Kau mahu atau tidak.
 tapi kau tetap melayan kerenah aku dan 
segala keluh kesah, rungutan dan keluhan aku

 MESKI SEPATUTNYA AKU PATOT MEMUJI MU TANPA HENTI.

 i love you, Allah.





 Inilah kata-kata cinta dari ku yang pernah terleka dan terlupa pada Mu.
 ampon kan aku kerana aku terabaikan diKAU.
 Ampon kan aku.

 Kini aku bahagia dan tenang sekali bila ada kau disisi mesti aku tak minta. 
Muah3 ya Allah. I love YOU, so much !
 Thank you for having me even I'm not so good for you. 
You are my lover til end of my life and here after(akhirat).
 I love you, Allah. Don't leave me,okey ! 
Love you. 


TAMAT



No comments:

Pengkongi SECRET