Tuesday, May 03, 2011

Secret rasa mewah bila...




Nak tau bila Secret rasa mewah?
Berikut adalah jawapannya. =)

Secret rasa mewah Rasanya tak perlu lah kot sampai nak makan kat hotel 5 star, Old Town White Coffee ke, Kluang Rails Station Coffee ke lepak kat Manhattan Fish Market ke. Bagi secret, kalau ada sediakan Mihun Sup daging, Mihun Soto, dan Kopi yang Lazat, cukup lah. haha

Secret rasa mewah bila lepak kat Secret Recipe. Makan kek sepotong dan white coffee sambil berangan dan termenung. dan gaya nya tidak seperti orang kelaparan. Secret lebih suka lepak kat secret recipe untuk menenangkan fikiran. Secret suka sangat suasana dalam secret recipe. =)

Secret rasa mewah Bila duduk lepak kat lantai dan menyandar pada rak buku di kedai buku POPULAR. hebat rasanya. seperti tempat itu anda yang punya! hua3

Secret rasa mewah Paling tak boleh blah. Bila tetiba rasa baik hati nak bagi tips kat waiter/waitress. Walau pada hakikatnya secret manusia kedekut ! hahaha

Secret rasa mewah Bila masuk KFC/Pizza Hut semata-mata untuk basuh tangan dan tumpang ehem2 haha . =)

Secret rasa mewah Bila ada promoter Lingua Phone approach kat lobi campus tak lama dulu. Lalu Secret pun selamba menjawab . " TAKPE KAK, SAYA DAH TERER BI (ENGLISH)". Hahah kisah nya sebab aku pernah kena tipu ngan diorang time matrik dulu.huhu dan yang penting, tak sampai 2 minggu, pihak MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) IPTA Universiti X bukak kaunter aduan untuk mangsa penipuan Lingua Phone.hahhaha.. I told u,kan. haha yang penting, kakak tu sentap abis. siap pass the sentapan to her colleague. and all of them stared at me.hua3. dalam hati secret berkata2. "AWAT, TERSENTAP? AKU TERER BI, SO? KAU PROMOTE PON CAKAP MELAYU, blah la wey, muka2 lingua phone, duduk dalam longkang lah. brape ramai lagi orang, ko nak tipu. bengong . AKU CAKAP AKU TERER BI PON, KO DAH SENTAP, LAWAK!! HAHA gila. nape perlu ko  sentap. dah sah2 kau tu wakil jualan Lingua Promote, promot pakej blaja bahasa inggeris konon. Nape perlu ko rasa tergugat kalo ko pandai cakap omputih. haha" Actually tu lah taktik secret bila layan kerenah promoter tak reti bahasa. Minta ampon banyak la kakak-kakak, abang- abang, adik- adik, kat luar sana. Saya pun pernah berniaga jugak. Nak promot produk pun, berpada-pada. jangan sampai customer rasa nak ludah kat muka korang. Memang pissed off gila. haha.. Itu lah saat bila Secret rasa mewah, dengan menolak tawaran.haha kentang kan. =)

Secret rasa mewah Bila masuk kedai branded, dan bergaya ala-ala mampu lalu promoter datang mengiring di belakang dan sanggop melayan kerenah secret. huhu. Secret paling suka masuk Sembonia ngan Carlo Rino , Alamanda. Butik Guess , I don't like. Sebabnya Secret lupa nak pakai Highcut Pink-Leather Bum Equipment. (Comel sangat). That day, secret pakai casual gila dan meletakkan keselesaan pada tahap maksima lalu secret tak perasan secret pakai sliper Asadi secret yang kaler merah tu. lantak lah korang nak cakap ape, Sliper tu selesa gila ok! Secret kuat berjalan, kalau jalan window shopping ke ape ke on weekends, memang celah jari ibu jari kaki ngan jari telunjuk kaki secret tak sakit. Normally kalau banyak benjalan, part tu la yg tak tahan. Jadi, kalau secret p mana2, sliper tu mesti ada! =) sambung cita. Alkisah nak dijadikan cerita, ewah ! dengan penuh berkeyakinan, secret tanya handbag Guess, kaler merah menyala ada tak?  Sebab secret nampak warna pink and maroon je kat rak-rak display diorang.  Mula-mula excited gila la si promoter tu. Entah macam mana, si promoter tu TERnampak la si asadi secret ni, TET...............Terus promoter Butik Guess Alamanda tu layan secret lebih kurang. ceh...  Ingat orang pakai kasot asadi ni takde duit ker?? Siot betol. Ingat orang pakai kasot asadi ni, takde taste ker? blah la wey. Ko ilang sorang customer. Menyampah aku. Aku stil rindu- rinduan pada beg Carlo Rino yang design macam tikar nipah tu. depan tikar nipah kaler merah itam. belah belakang warne itam. comey woy. leather la tapi. comel... aku aritu tengok kat mana ek, tak ingat.pattern tu takde la pulak. hmmm...


Secret rasa mewah Bila suatu ketika dahulu sewaktu gi Interview untuk Penyampai Ikon kat Pantai Timur. Masuk-masuk je bilik interview, Datin Suriani tanya aku, mana handbag Juicy Couture awak? Secret jawab, tinggal kat luar. haha comel kan. Datang untuk interview tapi soalan pertama dari interviewer awak, mana handang Juicy Couture awak? . =) hehe Secret terasa sangat.mewah saat itu.huhu  

(TAK NAK BUBUH GAMBAR 'baby rxz blue' tu. sedeh rase. arggghhh.)
Secret rasa mewah Bila ada Hero Malaya sanggop mengiringi Secret berjalan dengan Motor Rxz yang sexy kaler biru. Actually itu merupakan adegan pujuk memujuk ala- ala filem hindustan alaf 22 dan malang sekali, Secret jual mahal sehinggakan Hero Malaya tak larat melayan keegoan tahap tertinggi secret ketika itu. Dengan muka badak secret. secret buat bodoh Hahaha... Gua tak mudah cair dowh.  Mungkin sebab secret ni ala-ala kejantanan sifatnya kot. tu yang ego terlebih sudah. Kesian Hero Malaya. Mampu kah Hero Malaya memecah tembok konkrit di hati secret? auw.. (rasanya kalau lelaki la kan, mesti adegan merangkak kan motor rxz kalian tu merupakan aksi merendahkan ego lelaki, apa kata anda??itu pendapat secret sahaja. sebab selepas adegan memujuk tidak berjaya, Hero Malaya berlalu pergi sambil memeres moto z nya.hehe)

Lokasi secret hampir arwah disebabkan pemandu syial kereta hape ntah wane putih. Bajet pakai turbo engine  dah power, leh suka suki potong memotong di jalan  yang maha sibuk dan gila kecik. 

 Secret rasa mewah Bila mengangkat tangan lalu menFOKUSkan pada satu jari lalu ditunjuk pada pemandu gila babi sial. Tak reti bawak kete ke ape. Jalan sempit ko nak motong kete. Tempat ko nak motong tu aku pulak tengah jalan. SIAL BETOL !! Ko nak tunjuk power kereta ko yang berbunyi turbo yang konon nya, tak yah lah tunjuk kat depan MINI MYDIN KAT MASJID PUTIH KUALA TERENGGANU TU. HINA, DOWH. Gila kentang. Kereta tu nak kejar aku konon, gua blah macam tu. banyak lagi urusan aku nak setel. gila kentang. bila aku marah tahap tertinggi ketika itu. aku pun mula belagak macam samseng dalam filem aksi tanah air, iaitu MELUDAH DENGAN PENUH PERASAAN. Sial betol.haha Lawak gila. Actually time ni, pada secret, menunjuk jari F, melambangkan rasa tak puas hati. tapi kini, ermm...rasa segan la pulak. sebab Hero Malaya cakap, that's not good. Don't do that again. For men, that signal of 'HAVE SEX WITH ME' .  Woahh... kalau aku tau itu, Tobat aku tak wat dulu.haha gila. Pengaruh Tv, aku ni.ahhaha

Secret rasa mewah Bila masuk kedai, teros tanya promoter, barang XXXX ade tak. Bila promoter tu cakap takde, Aku teros blah. Which mean. I'm in the premise less than 3 minutes!.hahha







Secret rasa mewah Bila Secret tak sanggop tunggu bas berhenti kat terminal. Bila bas slow down, nak amik lap, secret meloncat keluar bersama si High Cut Leather Pink,Bum equipment secret tu.haha time tu macam wat lagak aksi ngeri. sebab confirm driver bas ngan orang kat dalam bas tu tengok.haha mampus, gua tak layan. janji gua tak lambat. walaupun g bandar pun semata-mata nak lepak.haha. macam poyo je kan. Secre ada lesen kereta. Tapi kereta takde. hahaha. kalau naik bas, favourite seat secret adalah tempat paling belakang sekali dan paling kiri. Tempat paling best kat dunia. Secret suka naik bas sebab, masa lambat berjalan. dan secret boleh berangan, termenung, tersenyum sorang- sorang bila teringat kenangan.auw. nak tunggu ada driver sendiri, belom mampu lagi. tapi. secret tetap suka naik bas. dan syarat utama, seat belakang kiri dan mesti leh bukak tingkap luas2. Puas rasa. Ada nilai aesthetic di situ. Puas sangat. kalau tension ke, secret akan naik bas. hehe. kalau tak dapat seat secret@seat itu sudah diduduki, secret sanggop tunggup bas seterusnya. dan nak dapat kan seat tu mestilah naik dari bas stand ye. =) bas baru sampai, terus cop tempat. itu lah seat secret dari tahon 2003. sampai sekarang, sudah 8 tahun kot. =) Yang indah itu tak semestinya mahal. dan yang mahal tak semestinya indah dan mampu membahagiakan hati. tak semua. =)

Secret rasa mewah bila mengemam coklat bersama stroveri...prasaan yang sungguh....erm...lazat nya. 

Secret rasa mewah bila dapat komen dari kalian. Lagi-lagi bila bila kalian komen, kalian tak paham apa motif secret menyurat.haha pedih jugak lah. tapi ye la kan. kalau kalian tak perihatin, takkan kalian sanggop komen macam-macam kat secret.huhu

OK la....salam Mewah dari secret.

No comments:

Pengkongi SECRET