Wednesday, May 25, 2011

Buku Motivasi diri yang B.A.G.O.S


Ni hadiah untuk semua pembaca blog Secret
nosecretanyway

Ya.
Secret takde nya nak sedekah bagi buku kat kalian.
Cuma hadiah yang secret maksudkan ialah
Secret kantoikan apa rahsia Secret selama ini

Ya.
Buku yang sangat bagos.

Kenapa.
1- Buku ni takde istilah perkataan yang pelik-pelik. haha.
kalau buku motivasi bahasa Melayu, kadang- kadang Secret sakit hati betol. 
sebab ada perkataan- perkataan pelik yang asalnya bahasa Inggeris kemudian di Melayu kan.
Kita ni yang Melayu jadi sakit hati. Sebab seumur hidup tak pernah plak guna perkataan2 pelik. 
you know! I'm so mad.
gggrrrrrr.....

apa kepentingan memelayukan bahasa Inggeris? lawak ok.
aku melayu pun aku tak paham perkataan tu
terpaksa buka kamus. cari maksud nya
padahal bahasa melayu.
panas. panas.

ok. kita sambung cerita KENAPA.
2- Buku ni tak guna teori melampau macam fakta sains kat sekolah. haha.
serius, Secret tak tipu. Sebab si penulis ni, si Anthony Robbins  menggunakan pendekatan perceritaan melalui pengalaman. Lagipun dia bukannya ada Title ke blajor universiti ke ape.
Semua teorinya kebanyakannya dia selidik sendiri. I mean konsep perspektif pemikiran dia dalam menyampaikan apa yang dia nak

3- Buku nya tebal TAPI RINGAN! haha

4- Cara penyampaian si Anthony ni, lebih berada di alam nyata iaitu kisah- kisah dunia realiti.
Dia ada selitkan  kisah2 pengalaman orang ternama di negara asalnya. so, tak ar tipu sangat kan. huhu

5-  Mungkin ni petunjuk dari Allah Tuhan. Sebab kisahnya...
Secret gi Popular Bookstore kat Kluang Mall. Sebelum tu, Secret lepak kat Secret Recipe (ni memang port tetap. Secret suka suasana restoran tu sebab suasana tu perfect sangat untuk tenangkan fikiran). Di hari itu, memang Secret STRES GILA BABI. memang tak main2 punya la. Boleh bayangkan tak, secret lepak situ, berangan, fikir segala, pastu, bila da tahap down sangat, Secret boleh pulak BACA SURAH YASSIN dalam Secret Recipe!!! dan segala macam doa. Funny. but it's true. Time tu memang tension gila tahap tertinggi. Hati ni, ingat kat tuhan je. Baca Surah Yassin pun boleh jadi sebak, der. Berair mata jugak tu. haha. tapi pandai2 ar cover. takat dengar kat telinga sendiri sudahlah. jangan baca macam kenduri kesyukuran. haha dah lah Secret sorang2. huhu kang apa pulak orang sekeliling kata, ya tak. Amoi sebelah meja pun tengok2 jugak secret. tapi Secret buat donno je. Sebab memang tengah layan perasaan masa baca surah Yassin tu.  Habis baca, memang tak tau nak cakap macam mana. 

Nilah buku Yassin yang Secret baca dalam Secret Recipe tu. huhu. dah buruk dah. Secret ni ganas sikit.  Kalau orang tengok, orang akan kata, tak reti sayang barang. Tapi Secret lain, Secret lagi suka buku tu akhirnya jadi agak buruk. Tu tandanya kita guna buku tu. haha pelik kan.haha. nampak season kan.=)

TENANG GILA !!!
KEPALA HOTAK RINGAN, DER !!
BOLEH PULAK SAMBONG BERANGAN DAN TERSENYUM SORANG2 (cover la kan)

Perasaan time tu, memang ntah, happy semacam, lega, semua adalah. habiskan makan minum cepat2 bayar, pastu teros gi POPULAR. 

Terus gi kat bahagian faveret, BUKU- BUKU PASAL DUIT , MOTIVASI, LEADERSHIP, BUKU2 HOW TO..
Tak tau nak cakap macammana,
sampai je kat rak buku situ, mata Secret terus tangkap buku merah tu. 
Mungkin sebab tajuk nya kot. kebetulan kena ngan situasi Secret.
tak tau nak cakap macammana, hati Secret memang pegang buku tu betul2.
dan Secret pun kata,
INILAH BUKU NYA (dialog nya mcamni kot. ingat2 lupalah)

Untuk makluman semua, Secret seorang yang gila kedekot. tettt..

Ok. nak dijadikan cerita.
Secret pegang buku tu. Tengok harga. tak pikir ape dah. 
terus g bayar kat cashier.
First time kot, Secret beli buku lebih dari harga RM 15.haha

Lagi kentang, bila harga buku tu, sikit lagi nak RM 50.
Gila tak gila. Penangan.

dan untuk pengetahuan kalian,
SECRET HANYA MENGAMBIL MASA 5 MINIT DARI MULA SECRET JEJAKKAN KAKI KAT POPULAR. MASUK. PERGI RAK. NAMPAK BUKU MERAH. GRAB THE BOOK. BAYAR KAT KAUNTER CASHIER.
YA
5 MINIT.

terus balik. dengan hati berbunga- bunga.
Siap baca lagi dalam bas.
happy tak terkira.

ya. itulah namanya Penangan Surah Yassin di dalam Restoran Secret Recipe!
haha
Secret cerita kat Bestfriend Secret, dia pun tak percaya dan gelak guling2.
dan 
Secret sendiri macam tak percaya apa yang Secret dah lakukan kat Secret Recipe!
haha
BACA SURAH YASSIN DALAM SECRET RECIPE TU, DER...

Alhamdulillah.
itulah titik permulaan Secret.

Pertama:
Terima kasih kepada Allah sebab melayan kerenah Secret yang ntah apa- apa nih. huhu

Kedua:
Secret memang sayang gila pada Secret Recipe tau. tu yang merajuk ni, ada kes ngan tepung kek Secret Recipe. =(

Ketiga:
Buku Anthony tu bagos. dan itu adalah petunjuk dari Allah untuk Secret.
Thank you, Allah.

Keempat:
First time beli buku mahal TANPA FIKIR 10 KALI. haha

Kelima:
Buku itu telah mengubah cara Secret berfikir tentang hidup

Keenam:
Secret sentiasa meletakkan Allah (Tuhan) juga sebagai bestfriend secret. Sebab Allah layan je perangai Secret. Allah is a good listener

Ketujuh:
Allah (Tuhan) je yang mampu buat Secret tenang. =)

Kelapan:
Bila kita mintak kat Allah (Tuhan), dia akan tunjuk kat kita. Insya- Allah.
Berdoalah/ mintalah dengan sepenuh hati.

Kesembilan:
Secret orang biasa je. Tapi Secret masih mencuba untuk menjadi Secret yang lebih baik

Kesepuluh:
Tak salahkan berkongsi ilmu.

ok. selamat semua.

Assalamualaikum


TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG SECRET YANG TAK SEBERAPA NI.
=)

nosecretanyway


3 comments:

Anonymous said...

dik,
buku itu bagus, tapi cuba baca juga buku yg ada kaitan dgn nutrisi

kdg2 mood kita dipengaruhi oleh apa yg kita makan

ada kajian yg mengatakan penyakit murung, schizophrenia atau apa2 yg berkait dgn otak/jiwa berpunca dr ketidakseimbangan bahan kimia dlm otak yg mungkin berpunca dr genetik, toxin atau kurang zat pemakananan

sebagai cth:
severe vitamin B12 deficiency boleh menyebabkan poor memori, halusinasi,paranoid behavior dan difficulty in concentration

pernah dgr bahaya maggi?..no joke, anak buah auntie jadi pelupa sebab masa kecik suka hirup kuah maggi...tak tahu berapa byk neuron dlm otak dia yg musnah oleh bahan kimia yg ada dlm maggi tsbt

what i am trying to say, secret mungkin punyai jiwa seni yg halus dan mudah tersentuh , tapi kalau penghiba sgt....takut termasuk dlm kategori diatas...

disini auntie bagi nama buku wh might be of help:
better health thru natural healing by ross trattler
fit for life by harvey diamond
raw food detox by natalia rose

p/s call me by whatever names u want, but never immature....a mental retard lebih tepat!
u can take me as a good living example...haha

Marissa said...

Woahh...
nice. thanx kak for the great info.

secret memang selalu dengar bahawasanya, segalanya berbalik pada apa yang kita makan.

maggi? dulu. la. sekarang ruski. tapi sejak duduk rumah family ni, dah kurang dah makan makanan macamtu. almaklumlah orang bujang.

Nanti, saya cuba selongkar misteri buku- buku yang kakak syorkan. mesti best kan. tapi, tak reti lah pulak nak nyebut chemicals names tu. (walaupun pernah blaja kimia bio dulu2.)

yeah. can you give me your email add. here's mine: nosecretanyway@gmail.com

p/s: teruja pulak nak gi cari buku yang akak cakap tu kat bookstores. =) thanx kak. hehe

Anonymous said...

hi secret

sorry i did not response earlier, i just finish reading 'fit for life- a new beginning' by harvey diamond..what an insight...i highly recommend this book....and if you are interested in upgrading yr knowledge in health, do get the new updated edition, its kind of summarise the part1 and part 2 of these books

another book wh i think is quite groundbreaking is 'your body's many cries for water' written by Dr.F. Batmangghelidj...wh i am currently reading..

maybe secret is still young and have no worries abt health...but it does not hurt to know in advance..so that you could prevent it before it happen...

ok lah secret, selamat membaca dan usah jiwang2 sangat....all the best to you...errr try to forgive and forget , okay...

bye...-auntie yg prihatin-

Pengkongi SECRET